BEKAS pengurus Newcastle United, Alan Pardew, berasa sedih dengan kematian mengejut Cheick Ismael Tiote, yang rebah dalam sesi latihan bersama kelab China, Beijing Enterprises, malam tadi.
Pemain kebangsaan Ivory Coast itu pernah dibimbing Pardew selama empat musim di St James' Park apabila membantu kelab itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelima dalam kempen musim 2012.
Tiote membuat 150 penampilan dalam tempoh enam tahun setengah di Newcastle dan Pardew mengeluarkan kenyataan penuh beremosi selepas mendapat perkhabaran pemain tengah itu meninggal dunia.
"Saya sangat sedih mendengar berita mengenai bekas pemain dan rakan saya, Cheick Tiote. "Sebaik tiba saya tiba di Newcastle, Cheick merupakan pemain yang menceriakan bilik persalinan dan persembahan di atas padang menggambarkan keyakinan.
"Pada suatu ketika, dia perlu mengawal setiap inci padang dan tidak hairanlah, kelab seperti Manchester United pernah dikaitkan dengannya.
"Kami tidak akan melupakan hari di mana Newcastle bangkit daripada ketinggalan 4-0 untuk mencatat keputusan seri dnegan Arsenal apabila gol Cheick pada penghujung perlawanan merupakan salah satu daripada sejarah EPL.
"Saya sayangkannya. Dia pemain lengkap sebagai pemain Newcastle. Dia mempunyai kualiti dan sudah tentu, anda tidak boleh merendahkan kenyataan bahawa dia mahukan kemenangan.
"Saya sukakan sikapnya itu, ia membuatkan anda dapat mengatasi halangan sebagai pemain. Pemain muda harus mencontohi pendekatannya dalam latihan dan perlawanan dan merupakan pemain yang istimewa.
"Apabila mendengar dia meninggal dunia pada usia 30 tahun, ia meremukkan hati saya dan saya melahirkan simpati terhadap seluruh anggota keluarganya dan rakan-rakan dengan berita menyedihkan ini.
"Kadang kala, hidup ini tidak adil dan saya akan mengingati Cheick sebagai pemain tengah gergasi yang gemar untuk menguasai. Tenanglah kamu di sana sahabatku."
Tiote pernah memperkuatkan Anderlecht, Roda JC dan FC Twente, selain pernah menjulang Piala Negara-Negara Afrika pada 2015 bersama Ivory Coast.
Astro Arena
Tue Jun 06 2017
Tiote membuat 150 penampilan dalam tempoh enam tahun setengah di Newcastle. - REUTERS/Denis Balibouse/File Picture
AWANI Ringkas: Suntikan HPV 719,236 pelajar perempuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [21/05/2024] – Penyelidikan FICO | Bayi berusia 11 bulan | Bakal dibentangkan di Parlimen | 57,991 unit pada April 2024
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Bekas pemain Newcastle, Tiote rebah sebelum meninggal dunia ketika berlatih
Cheick Ismael Tiote rebah dalam sesi latihan bersama kelab China, Beijing Enterprises, malam tadi.