KUALA LUMPUR: Bekas penyerang pinjaman Manchester United dan pemain kebangsaan Colombia, Radamel Falcao dikaitkan dengan perpindahan 'mengejutkan' apabila sedang berunding untuk menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT).
Menurut laporan akhbar Sepanyol, Marca, Falcao yang masih mempunyai kontrak bersama Rayo Vallecano yang bersaing dalam LaLiga sehingga Jun ini, sedang menilai tawaran untuk menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan.
Laporan itu menyatakan skuad bimbingan Esteban Solari itu mahukan Falcao untuk dua musim akan datang sebelum menjadikan penyerang berusia 37 tahun yang diberi julukan El Tigre sebagai duta kelab dan negeri Johor pascapersaraan.
"Sementara menunggu rundingan terakhir dengan pasukan, penyerang itu (Falcao) sudah menunjukkan dirinya sanggup menghadapi perjalanan profesional baharu walaupun dia juga dalam senarai pilihan Peter Lim untuk memperkuat Valencia," menurut laporan itu.
Valencia yang dimiliki ahli perniagaan Singapura, Peter Lim, dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Falcao yang pernah menyarung jersi United pada musim 2014-2015.
Sekiranya menyertai JDT, ia akan menjadi kelab kesepuluh dalam kariernya selepas mencipta nama bersama beberapa kelab terkenal serata dunia antaranya River Plate, FC Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, Chelsea dan Galatasaray.
Antara kejuaraan pernah dikecapi Falcao ialah dua gelaran Liga Europa masing-masing bersama Porto pada musim 2010-2011 dan Atletico Madrid (2011-2012) selain pernah membantu Atletico Madrid menjuarai Piala Super UEFA pada 2012.
Bagaimanapun, Falcao hanya boleh membuat penampilan di Liga Super selepas jendela pendaftaran kedua dibuka bermula 5 Julai sehingga 1 Ogos ini.
JDT yang diperkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu memulakan kempen Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan Terengganu FC 2-0, minggu lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Falcao yang masih mempunyai kontrak bersama Rayo Vallecano yang bersaing dalam LaLiga sehingga Jun ini, dilaporkan sedang menilai tawaran untuk menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan. - Foto Stadium Astro
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Falcao terlalu mahal untuk JDT
Kami tidak mampu dengan harga yang beliau inginkan kerana harga itu terlampau mahal, kata TMJ.
Bekas penyerang Manchester United, Atletico Madrid Falcao dikaitkan ke JDT
Bekas penyerang pinjaman Manchester United dan pemain kebangsaan Colombia, Radamel Falcao dikaitkan dengan perpindahan 'mengejutkan' apabila sedang berunding untuk menyertai JDT.
JDT sahkan tidak buat tawaran kepada Radamel Falcao
JDT tidak berada pada kedudukan kewangan yang kukuh untuk menandatangani pemain berstatus bintang itu.
Colombia mara selepas singkirkan Senegal
Gol daripada tandukan Yerry Mina sudah memadai untuk Colombia mara ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan H.