awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ratu renang negara, Nurul Huda, sertai MS

Bernama
Bernama
17/06/2023
21:45 MYT
Bekas ratu renang negara, Nurul Huda, sertai MS
Nurul Huda (gambar) dipilih sebagai Penolong Setiausaha setelah meraih 28 undi untuk mengetepikan Tan Chin Chin. - Gambar fail/Astro Arena
KUALA LUMPUR: Tiga muka baharu tersenarai dalam jawatankuasa tertinggi Persekutuan Renang Malaysia (MS) di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim yang kekal menerajui badan induk berkenaan bagi penggal 2023-2025.
Shahidan menang tanpa bertanding manakala Oon Kee Seng mengekalkan jawatan Timbalan Presiden dengan mendapat 24 undi untuk mengalahkan Anthony Kong (19) dan Ng Yau Loong dengan enam undi.
Perubahan kali ini melibatkan jawatan Naib Presiden, Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 badan induk itu, di sini, semalam.
Ketua jurulatih Selangor, Marilyn Chua, menang jawatan Naib Presiden selepas meraih 29 undi dengan menewaskan Datuk Nawawi Reduan (20 undian) manakala Andy Low membuat kejutan apabila memperoleh 27 undi berbanding Mae Chan (22 undian) bagi jawatan Setiausaha Kehormat.
MS turut mendapat nafas baharu apabila bekas ratu renang negara, yang memenangi 22 pingat emas pada temasya Sukan SEA, Nurul Huda Abdullah (Selangor) dipilih sebagai Penolong Setiausaha setelah meraih 28 undi untuk mengetepikan Tan Chin Chin (20 undian).
Bercakap kepada pemberita selepas pemilihan itu, Shahidan, menzahirkan penghargaan kepada semua barisan jawatankuasa lama yang banyak menabur bakti sehingga membuahkan hasil membanggakan sehingga di peringkat antarabangsa.
Beliau, bagaimanapun, memaklumkan akan membawa usul mengenai pindaan perlembangaan persatuan bagi memboleh presiden melantik Setiausaha Kehormat dan Bendahari pada pemilihan penggal baharu nanti.
Dalam pada itu, dua penyandang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing iaitu Oon Kee Seng bagi jawatan Timbalan Presiden manakala Nancy Yap sebagai Bendahari.
Berikut Jawatankuasa Tertinggi Persekutuan Renang Malaysia 2023-2025:
Presiden: Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis)
Timbalan Presiden: Oon Kee Seng (Perak)
Naib Presiden: Marilyn Chua (Selangor)
Setiausaha Kehormat: Andy Low (Negeri Sembilan)
Penolong Setiausaha: Nurul Huda Abdullah (Selangor)
Bendahari: Nancy Yap (Kuala Lumpur)
Lima Ahli Jawatankuasa:
1. Tasha Jane (Pulau Pinang)
2. Chee Pao Kam (Kedah)
3. Goh Kah Yi (Negeri Sembilan)
4. Mohd Azwan Abd Halim (Sabah)
5. Haris Lua Abdullah (Johor)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nurul huda abdullah
#Shahidan Kassim
#Persekutuan Renang Malaysia
#ratu renang negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan