Skip to main content

Malaysia

HOMEDEC KL 2026 himpunkan 350 syarikat, tawar inspirasi renovasi dan kediaman pintar

Pameran hiasan dalaman terbesar di Malaysia itu berlangsung selama lima hari bermula 28 Oktober hingga Ahad ini dengan tema “Jom Renovate!”, melibatkan lebih 1,100 reruai di lapan dewan pameran.
Pameran hiasan dalaman terbesar di Malaysia itu berlangsung selama lima hari bermula 28 Oktober hingga Ahad ini dengan tema “Jom Renovate!”, melibatkan lebih 1,100 reruai di lapan dewan pameran.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Lebih 350 syarikat yang menawarkan produk kelengkapan rumah, penyelesaian pengubahsuaian, reka bentuk dalaman dan teknologi kediaman berhimpun di bawah satu bumbung menerusi pameran HOMEDEC KL 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pameran hiasan dalaman terbesar di Malaysia itu berlangsung selama lima hari bermula 28 Oktober hingga Ahad ini dengan tema “Jom Renovate!”, melibatkan lebih 1,100 reruai di lapan dewan pameran.

Presiden C.I.S Network Sdn Bhd, Datuk Vincent Lim berkata, HOMEDEC KL 2026 memberi penekanan kepada pendidikan pemilikan rumah dan akses kepada khidmat profesional bagi membantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang lebih tepat dalam melengkapkan atau mengubah suai kediaman mereka.

Menurutnya, pelbagai pengisian disediakan termasuk HOMEDEC Showhomes yang menampilkan konsep INTERVAL dan OASIS, selain Architects’ Pavilion yang menawarkan panduan praktikal kepada pengunjung.

“INTERVAL yang dibangunkan oleh firma reka bentuk dalaman tempatan Matthew Lim Associates mengetengahkan konsep ‘A Home, Experienced in Layers’ menerusi gabungan ruang, cahaya, bahan dan bunyi bagi membantu pemilik rumah melihat kediaman dari perspektif yang berbeza,” katanya pada majlis pelancaran pameran itu, di sini.

Lim berkata, OASIS pula memberi fokus kepada ruang luar kediaman dengan mengetengahkan idea untuk menjadikan kawasan terbuka sebagai ruang tambahan yang lebih selesa dan berfungsi.

Katanya, Architects’ Pavilion memberi peluang kepada pengunjung berinteraksi secara langsung dengan arkitek bertauliah untuk mendapatkan panduan mengenai penggunaan ruang, perancangan masa depan dan keputusan reka bentuk yang lebih berkesan.

Selain itu, pengunjung boleh menyertai sesi perkongsian feng shui oleh Master Suyen, meneroka teknologi kediaman pintar menerusi Samsung Smart Home Experience Centre serta menyaksikan demonstrasi peralatan dan gajet dapur terkini menerusi inisiatif Jom Jamuan di ruang Marketplace.

Dari segi penjimatan, HOMEDEC Savers menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi pelbagai produk termasuk perabot, keperluan pengubahsuaian dan barangan penambahbaikan rumah.

Pengunjung turut berpeluang menyertai kempen SHOP BIG WIN BIG yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM600,000. Dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam satu resit, pembeli berpeluang memenangi hadiah seperti pakej percutian ke Korea, pelayaran Disney Cruise dan peralatan elektrik Samsung.

Ganjaran segera turut ditawarkan kepada pengunjung yang memenuhi syarat pembelian, tertakluk kepada konsep siapa cepat, dia dapat dan selagi stok masih ada.

Penganjur menggalakkan orang ramai membuat prapendaftaran melalui laman sesawang HOMEDEC bagi mengelakkan kesesakan beratur di lokasi pameran.

Sejak diperkenalkan pada 2003, HOMEDEC telah membantu lebih empat juta pemilik rumah mendapatkan inspirasi dan penyelesaian berkaitan pemilikan, reka bentuk serta pengubahsuaian kediaman dengan penglibatan lebih 20,000 pempamer sepanjang tempoh tersebut.

Pameran itu terus menjadi platform penting kepada pemilik rumah untuk meneroka trend terkini dalam reka bentuk dan hiasan dalaman selain mendapatkan ilmu daripada pakar industri menerusi pameran rumah contoh, sesi dialog dan bengkel.

Must Watch Video

Advertisement