Skip to main content

Dunia

Gabungan diketuai Arab Saudi pintas peluru berpandu Houthi sasar barat Arab Saudi

Mejar Jeneral Turki al-Maliki mengumumkan kejayaan memintas peluru berpandu berkenaan menerusi satu kenyataan.
Mejar Jeneral Turki al-Maliki mengumumkan kejayaan memintas peluru berpandu berkenaan menerusi satu kenyataan.

Advertisement

ISTANBUL: Gabungan pimpinan Arab Saudi di Yaman memaklumkan bahawa sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu jelajah yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah barat Arab Saudi awal Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap gabungan itu, Mejar Jeneral Turki al-Maliki mengumumkan kejayaan memintas peluru berpandu berkenaan menerusi satu kenyataan.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan antara gabungan pimpinan Arab Saudi dan kumpulan Houthi semakin memuncak, dengan kedua-dua pihak melaporkan operasi ketenteraan serta serangan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pada Khamis, gabungan itu memaklumkan bahawa pihaknya berjaya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik Houthi yang dilancarkan ke arah ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Kumpulan Houthi turut mengumumkan pada Khamis bahawa pihaknya melancarkan enam serangan terhadap beberapa sasaran di Arab Saudi, termasuk kemudahan minyak dan lapangan terbang.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement