KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky enggan mengambil risiko memecahkan gandingan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik buat masa sekarang.
Rexy menjelaskan amat sukar untuk membuat tindakan drastik itu memandangkan pemain simpanan di BAM ketika ini belum lagi mencapai tahap memuaskan selain berkedudukan ranking yang jauh lebih rendah daripada Aaron-Wooi Yik seperti Man Wei Chong-Tee Kai Wun (38) serta Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri (80).
"Misalnya, jika di Indonesia, saya fikir mereka tiada masalah untuk berpecah sekiranya perlu kerana dua beregu muda mereka juga berada di 'top' 20 seperti Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan (14) serta Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana (20).
"Mereka (pasangan Indonesia) juga tidak perlu waktu lama untuk capai keserasian dan boleh bermain malah sehingga kejohanan Super 1000 sekalipun namun jika di Malaysia, katakan kita mahu pasangkan Aaron dengan pemain lebih muda dan akan mula dengan main tahap Super 300 pasti akan rugi banyak kejohanan," katanya dalam sidang media secara dalam talian di sini hari ini.
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik yang mula digandingkan pada 2017 belum lagi memenangi mana-mana kejohanan terbuka, dengan pencapaian terbaik setakat ini adalah meraih gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun, tahun lepas.
Pasangan nombor enam dunia itu juga gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri iaitu Terbuka Malaysia 2022 dan Masters Malaysia 2022 selepas terkandas di peringkat separuh akhir pada dua kejohanan tersebut.
Aaron-Wooi Yik tumbang kepada pasangan kedua dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, 21-23, 9-21 di Terbuka Malaysia 2022 diikuti tumpas kepada pasangan kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 14-21, 21-19, 10-21 pada Masters Malaysia 2022, semalam.
Dalam pada itu, Rexy ternyata kecewa dengan prestasi ditampilkan dua beregu utama BAM, Aaron-Wooi Yik serta gandingan ke-12 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada dua kejohanan di Malaysia, yang jauh daripada standard sebenar memandangkan kedua-dua mereka berada pada kelompok 20 teratas dunia.
Mengambil contoh pertemuan menentang Fajar-Muhammad Rian pada Masters Malaysia, Rexy melihat Aaron-Wooi Yik merasakan diri mereka lebih hebat daripada lawannya sehingga memakan diri.
"Bila tengok video sebelum ini kita beritahu untuk main seperti diperlukan namun di lapangan sangat bertentangan dan nampak panik... Memandangkan mereka (Aaron-Wooi Yik) berada pada ranking 10 terbaik dunia selain pernah menang pingat Olimpik sebelum ini, mereka harus ada sikap 'nothing to lose'.
"Saya lihat ketika memanas badan Fajar-Muhammad Rian nampak tak tertekan sedangkan Aaron-Wooi Yik pula terlalu banyak fikir harus menang perlawanan semalam," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau berkata Aaron serta Wooi Yik perlu jujur dengan meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati mereka kepadanya.
Ini katanya, sangat berbeza dengan Sze Fei yang bersikap jujur apabila mengakui takut dengan asakan Fajar-Muhammad Rian pada 'interval' set pertama sebelum tewas pada pusingan pertama Masters Malaysia 2022 bersama Nur Izzuddin, 14-21, 20-22.
Bagaimanapun, Rexy percaya kekecewaan dialami dalam kedua-dua kejohanan itu akan membakar semangat mereka untuk beraksi cemerlang pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
Sukan Komanwel 2022 dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik yang mula digandingkan pada 2017 belum lagi memenangi mana-mana kejohanan terbuka. - Gambar fail
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England
Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024.
All England: Kempen Lee Zii Jia bermula petang ini
Perjuangan empat lagi wakil negara dalam misi menembusi pusingan 32 Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 bermula hari ini.
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Terbuka India
Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada wakil tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 18-21, 14-21.
Rexy kecewa Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei tidak manfaat perlawanan pertama
Rexy kecewa apabila kedua-dua wakil negara tidak memanfaatkan peluang untuk menang perlawanan pertama peringkat kumpulan pada aksi Jelajah Dunia Akhir BWF 2023.
Muncul juara Terbuka Denmark, Aaron-Wooi Yik raih gelaran Jelajah Dunia sulung
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya meraih gelaran Jelajah Dunia pertama mereka apabila menjuarai Terbuka Denmark 2023 malam ini di Jyske Bank Arena, Odense.
Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal mara ke separuh akhir acara badminton di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron
Aaron optimis masa akan tiba untuk bangkit meraih gelaran sambil mengakui kekalahan tersebut menjadi pengajaran berguna buat mereka.