KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.
Namun, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata badan induk itu serta ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon, berpendapat belum tiba masanya skuad negara berdepan dua pasukan terbaik dunia dari benua Amerika Selatan itu.
Beliau berkata pengendali dari Korea Selatan itu turut berpandangan adalah lebih wajar skuad Harimau Malaya 'mengukur baju di badan sendiri' terlebih dahulu dalam memilih pasukan untuk aksi persahabatan menjelang saingan Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.
"Brazil (tawar) nak lawan tetapi saya tak nak kerana ini bukan masanya. Saya boleh buat kalau setakat nak tunjukkan (populariti) tetapi bukan masanya dan Pan Gon tak mahu.
"Kita dan Brazil sama-sama Ahli Majlis FIFA tetapi belum masanya lagi, mungkin apabila tiba masa yang tepat (baru kita adakan aksi persahabatan)," kata Hamidin selepas mengadakan pertemuan bersama pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pasukan Indonesia yang akan bertemu juara Piala Dunia 2022 Argentina pada aksi persahabatan yang akan berlangsung di Jakarta pada 19 Jun ini.
Hamidin turut memaklumkan Argentina juga pernah mempelawa FAM untuk aksi persahabatan bersama skuad Harimau Malaya.
"Saya ada hubungan yang baik dengan Argentina juga dan mereka ada menjemput kita tetapi Pan Gon tak mahu. Kalau nak adakan persahabatan, kena pasukan yang realistik," katanya.
Sementara itu, Hamidin berkata FAM tiada masalah mengenai pertukaran pasukan Yaman kepada Papua New Guinea yang akan bertemu Harimau Malaya bagi aksi antarabangsa Tier 1 pada 20 Jun ini.
Katanya, Papua New Guinea merupakan pasukan yang sesuai untuk menggantikan Yaman melihat kepada kedudukan kedua negara itu dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hanya dibezakan dengan dua kedudukan dengan Yaman di posisi ke-157 manakala Papua New Guinea (159).
Dalam pada itu, Hamidin berkata barisan kejurulatihan akan membuat perancangan untuk memastikan skuad negara berentap dengan pasukan berada di ranking lebih tinggi pada Disember atau Januari depan.
Skuad Harimau Malaya dijadual menghadapi aksi antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun, sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua 20 Jun, kedua-duanya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Hamidin turut memaklumkan Argentina juga pernah mempelawa FAM untuk aksi persahabatan bersama skuad Harimau Malaya. - Gambar fail/BERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.