DEMAM Piala Dunia sudah bermula dengan perlawanan pertama dijadualkan pada minggu hadapan.

Dan siapa sangka, pemain bola sepak yang hanya beraksi di padang segak sebenarnya kalau kena gaya!

Mencuri tumpuan baru-baru ini adalah foto pasukan bola sepak dari negara Iran yang lengkap bersut biru tular di media sosial.

Tall, dark & handsome; itu gambaran paling jelas merujuk kepada foto yang dikongsikan oleh pengguna bernama Aminatou Sow itu.

Bukan dia sahaja, gambar itu turut diulang siar beribu-ribu kali oleh pengguna media sosial yang telah jatuh hati dengan ketampanan pasukan Iran.

Mencuri tumpuan baru-baru ini adalah foto pasukan bola sepak dari negara Iran yang lengkap bersut biru tular di media sosial. -

Foto berkumpulan itu menampilkan Sardar Azmoun (yang disifatkan sebagai Iranian Messi) dan beberapa pemain lain, Morteza Pouraliganji, Alireza Jahanbahksh, Saeed Ezatollahi, Ramin Rezaian, Karim Ansarifard dan Mehdi Taremi.

"Tiba-tiba rasa sesak nafas," komen salah seorang pengguna.

Iran bakal bertemu dengan pasukan Morocco untuk perlawanan pertama pada Jumaat depan.

FIFA World Cup 2018 akan berlangsung di Moscow, Rusia dan skuad Iran bakal membuka tirai perlawanan bola sepak berprestij itu.

Gambar itu turut diulang siar beribu-ribu kali oleh pengguna media sosial yang telah jatuh hati dengan ketampanan pasukan Iran.

Siapa sangka, pemain bola sepak yang hanya beraksi di padang segak sebenarnya kalau kena gaya!

Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Dailymail