awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bergson mampu jadi nilai tambah, mahu Irazabal sertai Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
31/03/2025
13:05 MYT
Bergson mampu jadi nilai tambah, mahu Irazabal sertai Harimau Malaya
Cklamovski yakin terdapat ramai lagi pemain warisan yang sedang berkelana di luar negara akan memperkuat skuad kebangsaan mencapai objektif utama ke Arab Saudi. - StadiumAstro.com
KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, tidak berselindung berkongsi mengenai perancangan utamanya untuk menggempur juara Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Vietnam, dalam perlawanan kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia, Jun depan.
Selepas melihat prestasi menakjubkan daripada Hector Hevel, pengendali kelahiran Australia itu yakin terdapat ramai lagi pemain warisan yang sedang berkelana di luar negara akan memperkuat skuad kebangsaan mencapai objektif utama ke Arab Saudi.
Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan pertahanan Sabah FK yang beraksi dalam liga Azerbaijan, Jon Irazabal Iraurgui, dilaporkan bakal menjadi sebahagian Malaysia menjelang aksi akan datang.
"Saya menjangkakan dia akan menyertai kem Harimau Malaya, Jun ini," katanya.
Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Cklamovski menegaskan bahawa penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, berpeluang menabur bakti bersama Harimau Malaya sekiranya melengkapkan segala proses yang ditetapkan.
Tambahnya, bintang Harimau Selatan itu berupaya menjadi senjata terkuat negara apabila dipilih menyertai senarai panggilan pemain usai proses kerakyatan berjalan lancar.
"Seorang pemain yang sangat berpotensi.
"Jika dia melepasi segala syarat kerakyatan, dia bakal dipanggil dalam senarai panggilan pemain.
"Kelihatan dia sangat teruja untuk bermain bersama negara, ia akan menjadi satu kombinasi yang hebat.
"Dia adalah penjaring gol dan sangat berbahaya di dalam kotak penalti," katanya lagi.
* Artikel assal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Peter Cklamovski
#harimau Malaya
#pemain warisan
#Vietnam
#Bergson Da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan