KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) memilih jalan sukar dalam misi layak ke final Piala Malaysia 2021 selepas seri 1-1 ketika melayani kunjungan juara edisi 2019 Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung sengit, malam tadi.
Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah berjaya mendahului seawal permainan, namun gagal mempertahankan kedudukan tersebut sekali gus memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan kepada JDT menjelang pertembungan kedua, Jumaat ini.
Keputusan seri itu juga menyaksikan ego TFC dan JDT dalam kempen Piala Malaysia gagal direntap apabila kedua-dua pasukan sehingga kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah.
Skuad bimbingan Ketua Jurulatih Mohd Nafuzi Zain yang masih segar dengan kejayaan di pentas suku akhir memulakan permainan dengan cemerlang apabila hanya memerlukan lapan minit untuk memecah kebuntuan menerusi tandukan Jordan Mintah yang tidak dikawal tiga pertahanan JDT dalam kotak penalti.
Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora bangkit memburu gol penyamaan menerusi penyerang Bergson da Silva, namun gerakan solo pemain import dari Brazil yang disudahkan dengan rembatan kaki kiri hanya sekadar menggegar tiang gol pada minit ke-11.
Bergson mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-41 tetapi rembatan lemahnya berjaya diselamatkan penjaga gol Mohd Suhaimi Husin sebelum Mintah mencemaskan kubu pertahanan JDT menerusi rembatan kaki kanan yang sedikit tersasar, dua minit berselang.
Jaringan penyamaan JDT akhirnya hadir di separuh masa kedua dengan Bergson yang menerima hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya memperdaya dua pertahanan TFC sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kanan untuk menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-50.
Kapten TFC Carlos Alberto De Murga terpaksa diusung keluar pada aksi tersebut susulan pelanggaran 'keras' bersama Bergson ketika dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya pasukan pada minit ke-77, beliau kemudian digantikan dengan Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri.
Mora membawa masuk empat pemain iaitu Safiq Rahim, Muhammad Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Muhammad Syafiq Ahmad dalam usaha memburu gol kemenangan, namun kehadiran mereka gagal memberikan impak sehingga wisel permainan ditiupkan.
Sementara itu, keputusan sama dicatat Kuala Lumpur (KL) City FC dan Melaka United FC pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang berlangsung tanpa penonton susulan insiden penyokong 'The City Boys' menceroboh masuk ke padang pada aksi suku akhir kedua, Jumaat lepas.
KL City FC kendalian Ketua Jurulatih Bojan Hodak terlebih dahulu menembusi gawang pasukan pelawat menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo pada minit kelapan, namun tandukan pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-26 memberi kelegaan kepada pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan.
Aksi seimbang pada separuh masa pertama terus dipamerkan kedua-dua pasukan pada 45 minit kedua permainan dengan kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sekali gus menyaksikan pasukan yang akan ke final akan ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua di Melaka, Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021

Bergson (kanan) dikawal Jordan Mintah pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Liga Super: Melaka United ikat JDT
Melaka United FC berjaya mengikat pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam ini.

Jordi Amat sah sertai JDT
Pemain berusia 30 tahun itu menolak tawaran daripada kelab Greece, Panathinaikos, untuk ke Iskandar Puteri

Saya jaga JDT selama-lamanya - Tunku Ismail
Jelas Tunku Ismail, keputusan untuk meninggalkan tugas di JDT sebelum ini kerana sudah letih selepas 10 tahun bekerja keras membangunkan kelab tersebut.

JDT benam PJ City 4-0, kukuh kedudukan teratas liga
Gol pendahuluan hadir menerusi penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-23.

Pemain naturalisasi: Tunku Ismail sokongan tindakan MFL
Tunku Ismail menyokong tindakan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) mengguna pakai pemansuhan manual syarat pemain naturalisasi berkuat kuasa sejak 2020.

Dion Cools nyatakan minat untuk bersama JDT
Pemain pertahanan negara Dion Cools telah menyatakan minat untuk bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Daniel Ting sah kembali ke pangkuan JDT
Bekas pertahanan KL City, Daniel Ting, telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain terbaru juara Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT).

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.

JDT di kedudukan teratas liga, benam Selangor FC 5-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali ke kedudukan teratas liga selepas membenam Selangor FC 5-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Sabah atasi Sri Pahang, lonjak ke puncak Liga Super
Skuad Tambadau membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyerang import dari Brazil Neto Pessoa.