awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersara: Syaidatul Afifah ingin teroka bidang baharu

Astro Arena
Astro Arena
03/09/2020
12:34 MYT
Bersara: Syaidatul Afifah ingin teroka bidang baharu
Buat masa ini, saya tenang dalam menentukan hala tuju," kata Syaidatul Afifah. - Bernama
SELEPAS 11 tahun bergelar pemain wanita elit boling tenpin negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, akur sudah tiba masa untuknya mengundurkan diri.
Biarpun kariernya sebagai atlet dianggap masih panjang, atlet kelahiran Perak berusia 29 tahun itu mengumumkan persaraannya semalam sesudah membulatkan tekadnya apabila memberitahu tempoh awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang kepadanya memikirkan hala tujunya.
"Saya tidak mengatakan boling tenpin tiada masa depan tetapi sudah tiba masanya saya meneroka bidang baharu," katanya.
Namun, tonggak skuad berpasukan wanita dalam Kejohanan Dunia 2017 itu -- di samping Shalin Zulkefli, Sin Lin Jane, dan Natasha Roslan untuk mengakhiri penantian 10 tahun memenangi pingat emas selepas menewaskan Singapura 214-209, 188-177 dalam saingan final -- sedia menyertai kejohanan sebagai wakil bebas dan dalam masa yang sama, belum mahu berkongsi perancangannya.
"Saya bukannya 100 peratus bersara terus daripada boling tenpin.
"Sebelum ini saya pernah menerima tawaran kerja, baik secara sepenuh mahupun separuh masa tetapi ketika itu saya terikat dengan komitmen bersama pasukan kebangsaan, jadi saya terpaksa menolaknya.
"Sebelum ini, perkara lain saya akan lakukannya selepas habis latihan kerana saya mahu memberi fokus 100 peratus.
"Tetapi buat masa ini, saya tenang dalam menentukan hala tuju," katanya dalam satu sidang media khas di studio Nadi Arena, Petaling Jaya, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Syaidatul Afifah memohon maaf kepada rakan-rakannya di kem kebangsaan khususnya pemain senior yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya seperti Wendy Chai, khususnya Shalin memandangkan mereka hanya mengetahui perkembangan mengejutkan ini melalui media.
- Stadium Astro / Shaiful Shamsudin
Topic Berkaitan
#atlet bersara
#bersara
#boling tenpin
#kejohanan dunia
#pemain boling
#sukan
#Syaidatul Afifah Badrul Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan