KEJAYAAN raja pecut Asia Tenggara yang baru, Mohd Haiqal Hanafi, perlu dijadikan iktibar untuk tidak menjadikan pelari muda itu sebagai 'tikus makmal' seperti tragedi yang menimpa Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan daripada berulang lagi.
Haiqal, yang meraih pingat emas Sukan SEA Filipina, Ahad lalu, dianggap produk berjaya di bawah pemantauan jurulatih, Md Poad Mohd Kassim, yang berpangkalan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor.
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.
Justeru, bagi mengelak perkara sama daripada berlaku, Haiqal perlu diletakkan terus di bawah jurulatih berpengalaman berkenaan.
"Kita tidak mahu (apa yang terjadi kepada) Khairul Hafiz (daripada berulang), mereka seolah-olah seperti memaksanya menyertai banyak kejohanan.
"Ini merupakan satu perancangan jangka masa pendek, ia memberi kesan kepada bukan sahaja Khairul Hafiz, malah kepada semua atlet," kata pemerhati sukan negara, Dr Faithal Hassan.
Haiqal perlu diberikan perhatian oleh Institut Sukan Negara (ISN) agar dapat mengawal dan memastikan tahap fizikal pelari berusia 20 tahun tersebut dapat dikerah untuk beberapa temasya sukan dwitahunan itu lagi.
"Bukan mudah untuk mencari (bakat) pelari pecut yang memenangi emas walaupun di peringkat Sukan SEA.
"Kebolehan Haiqal memenangi emas itu boleh melahirkan lebih ramai lagi (pelari pecut dalam kalangan) pelajar untuk mengikuti jejaknya," kata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Mazlan Ahmad pula.
Astro Arena
Thu Dec 12 2019
Muhammad Haiqal dinobatkan selaku Raja Pecut baharu Asia Tenggara selepas mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 pada aksi di Stadium Olahraga New Clark City, di Filipina, Ahad lalu. - Astro ARENA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.
Bapa Khairul Hafiz harap anaknya boleh melangkah jauh
Bapa kepada jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan, berharap anaknya dapat melangkah jauh dalam kerjaya sukannya.
Sukma: Khairul Hafiz, Badrul Hisyam ke final 100M
Pelari pecut muda negara Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap melangkah ke pusingan akhir acara 100m temasya Sukma ke-18.
Badrul, Khairul.. jangan jadi jaguh kampung
Amaran itu gara-gara dua pelari pecut negara sanggup ketepikan Kejohanan Remaja Dunia di Poland demi Sukan Malaysia (Sukma), di Sarawak.
Kerjaya pelari pecut bermula dengan menangkap ayam
Kelincahan mengejar ayam di kampung menjadi penanda bibit permulaan lahirnya seorang pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap.
Bakat semulajadi Badrul tidak boleh dinafikan
Seorang guru yang bertanggungjawab memperkenalkan pelari pecut muda negara Badrul Hisyam Abdul Manap dengan sukan olahraga mahu permata baharu negara itu terus fokus untuk menjadi pelari pecut terbaik
Badrul Hisyam disediakan program persediaan khas Sukan SEA 2017
Pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap akan disediakan program persediaan khas sebelum Sukan SEA 2017.