awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Birmingham 2022: Sedih dalam gembira buat Muhammad Afiq

Bernama
Bernama
05/08/2022
02:50 MYT
Birmingham 2022: Sedih dalam gembira buat Muhammad Afiq
Muhamad Afiq ketika beraksi pada acara 100m lelaki T11/12 pusingan pertama di Stadium Alexander, Birmingham, 3 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
BIRMINGHAM: Satu pengakhiran yang menyedihkan tetapi menggembirakan buat atlet para kebangsaan Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah di Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini.
Walaupun sedih kerana gagal mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada edisi Gold Coast 2018, selepas hanya menamatkan larian di tempat keempat 100 meter (m) T11/T12 (kecacatan fizikal), namun agak mengembirakan Muhammad Afiq apabila beliau memecahkan rekod kebangsaannya sendiri di Stadium Alexander.
Pelari pecut berusia 27 tahun yang mengalami masalah penglihatan sejak berusia dua tahun itu, mencatatkan masa 11.10 saat (s) mengatasi rekod kebangsaan 11.28s yang beliau lakukan pada edisi di Australia.
Ndodomzi Ntutu dari Afrika Selatan memenangi perlumbaan itu dengan 10.83s, diikuti atlet tuan rumah Zachary Alexander Shaw, yang memenangi perak (10.90s) manakala gangsa dimenangi wakil Namibia's Ananias Shikongo (10.95s).
Sementara itu atlet lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin menamatkan acara beliau pada kedudukan kesembilan dengan balingan sejauh 59.53 meter (m).
Matthew Denny dari Australia menang emas dengan catatan 67.26m, manakala perak dimenangi Lawrence Okoye dari England (64.99m) dan Traves Smikle, gangsa (64.58m).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah
#Sukan Komanwel Birmingham 2022
#atlet para
#gagal mempertahankan pingat gangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan