Industri bola sepak di Asia dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh satu atau dua tahun bergantung kepada kadar negara yang terkesan dengan penularan COVID-19.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jangkaan pemulihan itu adalah berdasarkan kepada senario terkini menyaksikan rantaian COVID-19 yang masih belum putus sepenuhnya.
"Industri bola sepak di Asia akan berdepan beberapa cabaran utama yang tidak pernah difikirkan sebelum ini terutama dalam menjamin keselamatan dan kesihatan 47 negara Asia demi kelangsungan sukan ini.
"Apapun anjakan kehidupan ke arah normal baharu sememangnya perlu kita lalui, mahu atau tidak, demi keselamatan serta kesihatan semua, juga kelangsungan industri bola sepak," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, Hamidin menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara maya di Wisma FAM.
Menurut Hamidin, mesyuarat berkenaan penting dalam mencapai kata sepakat mengenai hala tuju bola sepak Asia menjelang persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 yang tertangguh akibat COVID-19.
"AFC memberi sokongan penuh kepada ahli gabungan terutama negara-negara yang terjejas teruk dari sudut kewangan menerusi kempen tanggungjawab sosial yang mampu menaikkan semangat negara yang terkesan terutama masyarakat.
"Situasi ini adalah sesuatu di luar jangkaan yang mana semua pihak perlu memikul tanggungjawab bersama serta paling penting muafakat dan saling menyokong antara satu sama lain dalam membendung krisis ini bersama," katanya.
Hamidin yang juga ahli jawatankuasa eksekutif AFC mengesahkan bahawa Kongres AFC ke-30 ditunda kepada 9 Dis dan akan diadakan secara maya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020

HAMIDIN: Situasi ini sesuatu di luar jangkaan yang mana semua pihak perlu memikul tanggungjawab bersama serta paling penting muafakat dan saling menyokong antara satu sama lain. - Gambar fail

PKPD dilanjut, 131 individu dikompaun... ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut, Terengganu dilanjutkan sehingga 27 April, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebanyakan negara hadapi masalah kewangan, defisit - Mustapa
Bagaimanapun, nisbah defisit daripada KDNK Malaysia iaitu enam peratus merupakan antara terendah berbanding negara-negara lain.

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM - Zulkifli
Setakat ini, Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.

18 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

PKPD di 5 kawasan di Besut dilanjut sehingga 27 April - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut Terengganu bermula 21 sehingga 27 April depan.

Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf asingkan sukan ikut kaum
Pengetua SMK Dato Bentara Luar mengakui, pihaknya terlepas pandang isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar.

18 Puasa di Kampong Pisang | RM1 juta dalam 3 hari
Filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid berjaya meraih kutipan sejuta ringgit hanya dalam tempoh tiga hari ia ditayangkan. Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri juga dilihat telah tular menerusi hasil ‘meme’ di media sosial ketika bulan Ramadan berikutan karakternya yang tidak berpuasa dan sinonim dengan ‘beg hitam’.

Putera Philip | Tamat tempoh berkabung seluruh negara
Bendera Union Jack kembali dinaikkan semula hari ini selepas 10 hari berkibar separuh tiang sebagai tanda penghormatan buat pemergian Putera Philip. Bendera Union Jack dilihat dinaikkan sepenuhnya di Istana Buckingham dan di Downing Street di London pada Ahad menandakan tempoh berkabung seluruh negara berakhir.

ASTAF boleh gantung Presiden PSM 'Tok Mat' seumur hidup
Datuk Abdul Halim menjelaskan, Tok Mat tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu sehingga kes perbicaraannya selesai.

TM diiktiraf antara syarikat terbaik untuk bekerja di Asia 2020
TM turut terima Anugerah WeCare: Syarikat Paling Prihatin HR Asia 2020.

Jangan bantutkan usaha Malaysia jadi hab pendidikan tinggi - MQA
Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata agenda itu kini berada pada landasan yang betul dan Malaysia mampu menjayakannya.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Pulau Pinang tersenarai antara 15 pulau terbaik dunia untuk pesara
Pulau Pinang tersenarai di tangga ketiga selepas Malta dan Mallorca, Sepanyol sebagai 15 pulau terbaik di dunia untuk menikmati usia persaraan bagi tahun 2021.

Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.

Atlet karate Olimpik Amerika Syarikat jadi mangsa kebencian anti-Asia
Secara tiba-tiba, juara tujuh kali AS itu ditengking oleh seorang lelaki yang berada di kawasan itu.

Grab lancar dana GrabForGood beri manfaat kepada rakan peniaga, penghantar
Dana GrabForGood akan menjadi tonggak penting usaha dalam menambah baik perkhidmatan rakan kongsi Grab dan komuniti yang lebih luas.

Axiata yakin cadangan penggabungan Celcom-Digi akan diluluskan
Axiata Group Bhd dan Telenor Asia, syarikat induk Digi.com Bhd, "cukup yakin" cadangan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd and Digi akan mendapat kelulusan.

Ekonomi berpendapatan tinggi? Malaysia mungkin capai pada 2024-2028
Bagaimanapun, pemacu pertumbuhan ini semakin merosot atau ketinggalan dengan rakan serantau dan negara berpendapatan tinggi yang lain.