IPOH: Kemelut kepimpinan bola sepak Perak kian berlarutan apabila Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.
Beliau berkata pelantikan itu telah dibuat dalam Kongres Tahunan PAFA Kali Ke-63 yang berlangsung hari ini selain turut mendapat sokongan daripada tujuh ahli gabungan badan induk berkenaan.
"Sepatutnya pelantikan ini dibuat pada tahun lepas namun disebabkan penularan COVID-19, kita terpaksa tangguhkan ke tahun ini dan ia bukan sahaja melibatkan jawatan presiden tetapi keseluruhan jawatankuasa kepimpinan PAFA.
"Pelantikan ahli jawatankuasa baharu ini juga telah disokong sebulat suara oleh tujuh ahli gabungan PAFA iaitu Majlis India Perak, Teluk Intan, Bagan Datuk, Pengkalan Hulu, Tanjung Malim, Kuala Kangsar dan Batu Gajah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada 19 Dis lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak Datuk Mohd Azhar Jamaluddin telah dipilih sebagai Presiden PAFA bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sejak 21 Jan 2020.
SUKAN-BOLA SEPAK (PAFA) 2 IPOH
Pemilihan Mohd Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong itu turut dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dianjurkan 14 ahli gabungan PAFA.
Pada Januari lepas, Mohd Azhar berkata Pesuruhjaya Sukan (PJS) perlu memberi maklum balas segera berhubung notis aduan rasmi dihantar ahli-ahli gabungan PAFA bagi menyelesaikan kemelut melanda badan induk itu.
Ia juga penting bagi meleraikan kekusutan yang wujud dan memberikan pengesahan mengenai pihak mana yang mempunyai hak untuk menerajui PAFA.
Sementara itu, Muhammad Yadzan berkata kongres hari ini turut melantik Naib Presiden III PAFA Datuk Seri G.Irudianathan sebagai Timbalan Presiden PAFA manakala Naib Presiden II PAFA Abdul Aziz Yeop pula mengisi kekosongan jawatan Naib Presiden I PAFA.
Dalam perkembangan lain, Irudianathan berkata Perak FC akan berusaha menyelesaikan isu tunggakan hutang berjumlah RM1.7 juta yang melibatkan tuntutan gaji beberapa bekas tonggak import serta pembayaran kepada ejen pemain selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
SUKAN-BOLA SEPAK (PAFA) 3 (AKHIR) IPOH
Beliau berkata sekiranya gagal, The Bos Gaurus berkemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat pemain baharu selain hanya akan bergantung kepada pemain sedia ada bagi mengharungi saingan Liga Premier yang dijadual bermula 5 Mac depan.
"Sebenarnya tunggakan ini berlaku disebabkan kegagalan (tunggakan) pihak pengurusan Perak FC yang terdahulu. Jadi, mahu atau tidak pengurusan terkini terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Perak FC didapati gagal menjelaskan tunggakan gaji membabitkan bekas pemain import mereka iaitu Jeon Hyo Seok, Leandro dos Santos, Raianderson da Costa Morais selain turut berhutang kepada ejen Leandro dan Rainderson.
Pada musim ini, Perak FC yang dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih Projek FAM-MSN Yusri Che Lah telah menandatangani tiga bekas pemain KL City FC iaitu Indra Putra Mahayuddin, Zamir Selamat dan Aris Asri selain bekas pemain Selangor, Wan Zack Haikal Wan Noor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.
Prestasi hambar, PAFA cadang Perak FC 'rehatkan' Yee Fatt
Tindakan itu perlu untuk mencari formula baharu dan mengubah nasib Perak FC yang tidak mustahil akan tersingkir ke saingan Liga Perdana.
PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.
Timbalan Presiden PAFA letak jawatan: Jangan percaya khabar angin
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Adly Shah, berkenaan perkara tersebut kepada pihak persatuan.