awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bola Sepak Sukan SEA: Papa saya meninggal dunia pagi tadi - Haqimi Azim

Astro Arena
Astro Arena
09/12/2025
03:25 MYT
Bola Sepak Sukan SEA: Papa saya meninggal dunia pagi tadi - Haqimi Azim
Haqimi Azim. - Foto Astro ARENA
PENYERANG skuad B-23 negara, Haqimi Azim Rosli, berdepan ujian berat menjelang aksi menentang Vietnam apabila bapa tirinya, Shahrol Asikin Shariff, meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkannya dalam kiriman media sosial sebentar tadi.
"Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa papa saya telah meninggal dunia pagi tadi. Pemergiannya sangat mengejutkan dan berat untuk kami sekeluarga terima tetapi kami reda dengan ketentuan Allah.
"Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan arwah papa, semoga Allah mengampunkan dosanya, menerima segala amalnya, dan memberikan tempat yang indah buatnya di sisi-Nya.
"Doakan juga agar kami sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan melalui saat sukar ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua," tulisnya.
Dalam satu kiriman lain, Haqimi Azim meluahkan kesedihannya: "Qimi tak kuat macam ni Pa, tunggu Qimi balik Pa, Qimi nak jumpa Papa."
Haqimi Azim dilaporkan dalam perjalanan pulang ke tanah air bagi urusan pengebumian bapa tirinya.
Malaysia, dalam pada itu akan berdepan Vietnam bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok pada petang Khamis ini.
Topic Berkaitan
#Haqimi Azim Rosli
#Sukan SEA Thailand
#harimau muda
#bapa meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan