awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh mohon di pejabat tanah untuk pembangunan tanah rizab - MB Perak

Bernama
Bernama
28/09/2022
20:20 MYT
Boleh mohon di pejabat tanah untuk pembangunan tanah rizab - MB Perak
SAARANI: Kami faham ramai pihak membuat permohonan untuk bina sekolah, rumah ibadat, pusat rekreasi dan kemudahan lain namun ia perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Mana-mana pihak yang berhasrat membangunkan mana-mana kawasan di atas rizab kerajaan negeri boleh memohon di Pejabat Daerah dan Tanah mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini pihaknya belum lagi dimaklumkan mengenai permohonan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang berhasrat membina sebuah stadium dan pusat latihan bagi kelab bola sepak negeri itu.
"Kami faham ramai pihak membuat permohonan untuk bina sekolah, rumah ibadat, pusat rekreasi dan kemudahan lain namun ia perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
"Macam Perak FC cadang ingin bina di Chepor maka permohonan perlu disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Manjoi termasuk jabatan teknikal lain seperti JKR, Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Lembaga Air Perak (LAP) dan lain-lain jabatan berkaitan sebelum Pejabat Tanah dan Galian (PTG) memberi kelulusan untuk kami bawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
"Jika semua jabatan teknikal ini tiada halangan maka PTG akan syorkan kepada kerajaan negeri untuk diluluskan, cuma tidaklah kami boleh luluskan serta-merta kerana kena ikut ketetapan," katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Perak Sejahtera 2030 Piala Menteri Besar Perak dekat sini semalam.
Abdul Azim pada Selasa menyatakan hasrat itu bagi menyediakan prasarana terbaik kepada pemainnya sebagai usaha membawa kembali pasukan itu ke puncak kegemilangan.
Menurut beliau terdapat tanah 'kosong' di sekeliling pusat latihan pasukan di Chepor, Ipoh yang dilihat sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat latihan baharu selain hotel, pusat fisioterapi, gimnasium dan kemudahan lain yang diperlukan pemain dan proses perbincangan masih lagi berjalan dengan pihak berkuasa berkaitan.
Perak FC yang ketika ini bersaing dalam Liga Premier dijangka bertanding dalam Liga Super musim depan ekoran penstrukturan semula Liga Malaysia (Liga-M) yang dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Bagaimanapun keputusan rasmi hanya akan diketahui dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pejabat Daerah dan Tanah
#Saarani Mohamad
#tanah rizab kerajaan
#stadium dan pusat latihan bagi Perak FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan