awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boling padang tuai satu emas, dua perak di Thailand

Bernama
Bernama
07/03/2024
21:15 MYT
Boling padang tuai satu emas, dua perak di Thailand
Izzat Shamee Dzulkeple mempertahankan pingat emas pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-15 di Kompleks Huai Yai, Pattaya, Thailand pada Khamis. - Foto Facebook Malaysia Lawn Bowls Federation
KUALA LUMPUR: Skuad boling padang negara menuai satu pingat emas dan dua perak pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-15 di Pattaya, Thailand semalam.
Dalam acara berlangsung di Kompleks Huai Yai itu, perseorangan negara Izzat Shamee Dzulkeple mempertahankan pingat emas dimenanginya pada edisi ke-14 di Ipoh, Perak selepas menundukkan lawan dari Hong Kong, James Po 21-9 pada acara akhir single lelaki.
Dua pingat perak skuad kebangsaan dimenangi masing-masing menerusi acara fours lelaki dan triples wanita.
Kuartet negara yang dibarisi Mohamed Fadley Abd Jabal, Hizlee Rais, Amin Ramlan dan Soufi Rusli tewas kepada wakil India 10-15 pada aksi final fours lelaki.
Pasukan wanita diwakili Alyani Jamil, Nor Farah Ain Abdullah dan Syafiqa Rahman pula terpaksa akur dengan pingat perak apabila tunduk kepada lawan mereka dari Filipina 14-18 dalam aksi final triples.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#boling padang
#Izzat Shamee Dzulkeple
#Thailand
#Kejohanan Boling Padang Asia ke-15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan