Pemain boling elit negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengakhiri penantian selama 10 tahun untuk merampas semula kejuaraan terbuka wanita buat kali kedua pada Kejohanan Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di sini, malam ini.
Selepas meraih gelaran sulung pada tahun 2009, pemain berusia 29 tahun itu mengulangi kejayaan tersebut apabila mengalahkan rakannya sepasukan negara, Natasha Roslan 200-182 pada final set-ladder di Mega Lanes, Sunway Pyramid, Bandar Sunday dekat sini.
"Final ini agak mencabar kerana Natasha mempamerkan aksi yang baik, tetapi dengan bantuan latihan persediaan yang sukar ke Kejohanan Dunia, saya dapat mengatasinya," katanya yang akan mempertahankan gelaran juara berpasukan wanita pada Kejohanan Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat dari 22 hingga 30 Ogos ini.
Sementara itu, pemain elit negara, Tun Hakim Tun Hasnul Azman merangkul kejuaraan sulung selepas menewaskan Ahmad Muaz Fishol 258-194 pada final step-ladder.
Pada saingan separuh akhir step-ladder, Tun Hakim mengalahkan pemain Kedah, Wan Muhammad Naqib 180-169.
Pada pusingan pertama Ahmad Muaz mendahului saingan dengan mengumpul 1,839 jatuhan pin, diikuti Wan Muhammad Naqib (1,828) dan tempat ketiga oleh Tun Hakim dengan 1,810 jatuhan pin.
Bagaimanapun, juara bertahan, Rafiq Ismail gagal ke saingan step-ladder selepas menduduki tangga keempat pada pusingan pertama dengan 1,792 jatuhan pin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 04 2019
Tun Ameerul Luqman Al Hakim Tun Hasnul Azam (kanan) bersama Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman bergambar bersama piala yang dimenangi mereka dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Boling Kebangsaan Edisi ke- 43. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Boling: Siti Safiyah, Tun Hakim muncul juara Terbuka Malaysia
Pemain boling elit negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengakhiri penantian selama 10 tahun untuk merampas semula kejuaraan terbuka wanita buat kali kedua.