awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil, Mexico hanya perlu seri untuk ke slot 16 terbaik

Haider Yutim
Haider Yutim
23/06/2014
16:04 MYT
Brazil, Mexico hanya perlu seri untuk ke slot 16 terbaik
...
Perlawanan yang bakal berlangsung pagi nanti di antara Brazil dan Cameroon akan menentukan sama ada pasukan A Selecao ini layak ke slot 16 terbaik.
Tentunya kegagalan Brazil menewaskan Mexico minggu lalu meletakkan mereka pada kedudukan yang agak kurang selesa meskipun mereka berada di tangga teratas Kumpulan A.
Bagaimanapun Brazil hanya perlu seri pada perlawanan dengan Cameroon ini.
Pengurus pasukan, Luiz Felipe Scolari dijangka akan menurunkan pemain-pemain yang sama pada pagi ini, dan tentunya Nyemar dan Oscar akan berganding sekali lagi bagi memastikan pasukan Samba itu ke peringkat seterusnya bagi merebut takhta Piala Dunia 2014.
Bagi Cameroon pula, nampaknya akan ada penukaran dalam kesebelasan utama pasukan itu apabila pemain tengahnya, Alex Song diberikan kad merah kerana menyiku penyerang Croatia, Mario Mandzukic.
Bertambah malang lagi apabila Benoit Assou-Ekotto turut dijangka tidak bermain kerana bertelagah dan menghantuk kepala rakan sepasukannya, Benjamin Moukandjo.
Namun, mungkin perlawanan pagi nanti tidak lagi bermakna bagi pasukan The Indomitable Lions itu kerana sudah pun tersingkir dari kejohanan.
Bagaimanapun jika mereka masih mementingkan maruah, mereka akan tetap berjuang habis-habisan apabila menentang Brazil nanti.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, iaitu di antara Croatia dan Mexico, ia bakal menyaksikan kedua-dua pasukan memberi saingan sengit antara satu sama lain.
Croatia perlu menang kerana sememangnya keputusan seri tidak akan memberi apa-apa makna kepada mereka.
Adalah sukar untuk menjangkakan siapa yang bakal muncul sebagai pemenang dalam perlawanan ini, kerana kedua-dua mereka mempunyai potensi serta kekuatan untuk menang.
Bagaimanapun dengan adanya penjaga gol handalan Mexico, Guillermo Ochoa, kemungkinan besar keputusan akan memihak kepada pasukan El Tri ini.
Topic Berkaitan
#2014
#Brazil
#Cameroon
#Croatia
#Mexico
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan