SUKAN
Brazil pasukan ke-11 sahkan tempat ke Piala Dunia FIFA 2026

Vinicius Junior meraikan kejayaan pasukan dalam pertemuan menentang Paraguay, di Neo Química Arena, São Paulo. -Gambar Reuters
BRAZIL secara rasmi layak ke Piala Dunia FIFA 2026 selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Paraguay pada 10 Jun di Neo Química Arena, Sao Paulo.
Ringkasan AI
- Brazil secara rasmi layak ke Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Paraguay 1-0, hasil jaringan Vinicius Junior pada minit ke-44 dalam perlawanan di So Paulo.
- Kemenangan ini merupakan kejayaan pertama Carlo Ancelotti sebagai ketua jurulatih Brazil di laman sendiri, dan meletakkan Brazil di kedudukan ketiga kelayakan CONMEBOL dengan 25 mata daripada 16 perlawanan.
- Brazil menyertai senarai 11 pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2026, dan terus mengekalkan rekod sebagai satu-satunya negara yang layak ke semua edisi sejak 1930.
Dengan keputusan ini, Brazil kini berada di kedudukan ketiga dalam kelayakan CONMEBOL dengan 25 mata daripada 16 perlawanan, memastikan tempat dalam enam pasukan teratas yang mendapat kelayakan automatik.
Berikut adalah pasukan yang telah melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2026:
1. Amerika Syarikat (tuan rumah)
2. Mexico (tuan rumah)
3. Kanada (tuan rumah)
4. Argentina
5. Uruguay
6. Colombia
7. Jepun
8. Korea Selatan
9. Iran
10. Australia
11. Brazil
Brazil mengekalkan rekod unik sebagai satu-satunya negara yang telah layak ke setiap edisi Piala Dunia sejak kejohanan itu bermula pada tahun 1930.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami