NEYMAR, Gabriel Martinelli dan Bruno Guimaraes antara nama pemain yang tercicir dalam skuad 23 pemain Brazil untuk menghadapi perlawanan persahabatan di Maghribi, akhir bulan ini.
Neymar menyamai rekod jaringan legenda Selecao, mendiang Pele, dengan jaringannya yang ke-77 ketika Croatia menyingkirkan Brazil dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar.
Kecederaan buku lali yang dialaminya dalam kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Lille baru-baru ini bakal menjadi batu penghalang kepadanya untuk mengatasi rekod itu di Maghribi.
Dengan Tite bertindak meletak jawatan sejurus penyingkiran di Qatar itu, ketua jurulatih sementara skuad Samba itu, Ramon Menezes, sebaliknya menyenaraikan sembilan muka baharu termasuk Andrey Santos daripada Chelsea -– dipinjamkan ke Vasco da Gama -– pemain tengah Wolves, Joao Gomes, dan penyerang Athletico Paranaense, Vitor Roque.
Duo United, Casemiro dan Antony, juga akan disertai barisan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) lain seperti Ederson, Emerson Royal, Renan Lodi, Lucas Paqueta dan Richarlison.
Begitupun, tiada tempat buat trio Liverpool Alisson, Fabinho atau Roberto Firmino.
Brazil akan menguji kuda hitam Piala Dunia itu Mac di Stadium Ibn Batouta, Tangier, 25 Mac ini.
Senarai penuh pemain:
Ederson (Manchester City), Mycael (Athletico Paranaense), Weverton (Palmeiras); Arthur (America MG), Emerson Royal (Tottenham), Alex Telles (Sevilla), Renan Lodi (Nottingham Forest), Roger Ibanez (Roma), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Eder Militao (Real Madrid), Robert Renan (Zenit); Andre (Fluminense), Andrey Santos (Vasco da Gama), Casemiro (Manchester United), Joao Gomes (Wolves), Lucas Paqueta (West Ham), Raphael Veiga (Palmeiras); Antony (Manchester United), Richarlison (Tottenham), Rodrygo (Real Madrid), Rony (Palmeiras), Vinicius Junior (Real Madrid), Vitor Roque (Athletico Paranaense).
Astro Arena
Sat Mar 04 2023
Neymar mengalami kecederaan ketika perlawanan Ligue 1 antara PSG dan Lille di Parc des Princes, Paris, Perancis, 19 Feb 2023. - Gambar fail REUTERS
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bekas pemain tengah Maghribi, Marseille Barrada meninggal dunia pada usia 35 tahun
Bekas pemain tengah Maghribi, Abdelaziz Barrada, meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut bekas kelabnya Paris Saint-Germain (PSG).
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Negara anggota GCC ulangi sokongan kedaulatan Magribi ke atas Sahara
GCC turut menyokong inisiatif autonomi yang merupakan penyelesaian kepada konflik Sahara dalam kerangka kedaulatan kerajaan dan integriti negara dan wilayah.
Polis siasat kes sebar Nota Diplomatik bertaraf sulit
Polis menjalankan siasatan berkenaan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.
Penempatan Israel di wilayah Palestin ancam keamanan, usaha penyelesaian dua negara - Maghribi
Maghribi mengulangi komitmennya bahawa undang-undang antarabangsa perlu dihormati dan menggalakkan keamanan di Asia Barat demi mencapai penyelesaian berkekalan berdasarkan prinsip dua negara.
AFCON: Maghribi diuji terlebih dahulu sebelum lakar kemenangan
Di sebalik dominasi dipamerkan, Maghribi dipaksa menunggu sehingga Tanzania beraksi dengan 10 pemain di separuh masa kedua untuk menang.
Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHCR 2024
Maghribi pada Rabu dipilih sebagai Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi tahun 2024.
Perang Palestin-Israel: Maghribi gesa Liga Arab adakan mesyuarat tergempar
Maghribi telah meminta Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar peringkat Menteri Luar bagi membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
Maghribi dipilih sebulat suara tuan rumah AFCON 2025
Maghribi dipilih sebulat suara sebagai tuan rumah edisi ke-35 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON 2025), pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).