awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bryan Leong lebur rekod kebangsaan 14 tahun di Chengdu

Bernama
Bernama
01/08/2023
15:35 MYT
Bryan Leong lebur rekod kebangsaan 14 tahun di Chengdu
Bryan mencatat 24.35 saat (s) pada saingan separuh akhir satu di Dong'an Lake Sports Park Aquatics Centre sekali gus memadam rekod lama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perenang kebangsaan Bryan Leong memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, hari ini.
Menurut laman sesawang temasya sukan itu, Bryan mencatat 24.35 saat (s) pada saingan separuh akhir satu di Dong'an Lake Sports Park Aquatics Centre sekali gus memadam rekod lama 24.38s yang dicipta bekas perenang negara Daniel Bego di Kejohanan Dunia di Rom, Itali pada 2009.
Bagaimanapun, catatan itu gagal melayakkan beliau ke final selepas menamatkan saingan di kedudukan ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta.
Bulan lepas, Bryan mencatat 52.96s dalam acara 100m kuak kupu-kupu di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan miliknya buat kali kedua tahun ini.
Pada Mei, Bryan melakar 53.02s dalam acara 100m kuak kupu-kupu di Perlumbaan Antarabangsa AP London 2023 untuk mengatasi rekod lamanya 53.32s yang dicatatkan di Sukan Malaysia (Sukma) tahun lepas.
Di London, beliau turut mencipta rekod baharu dalam acara 50m gaya bebas apabila merekodkan 23.07s sekali gus memadam 23.09s yang dilakukan di Sukan SEA Hanoi, Vietnam tahun lepas.
Sementara itu, badminton bakal menambah pingat buat kontinjen negara di Chengdu apabila skuad negara layak ke separuh akhir acara berpasukan campuran selepas menewaskan Hong Kong 3-1 pada pertembungan suku akhir.
Skuad badminton negara akan berdepan Taiwan pada aksi separuh akhir esok dengan pingat gangsa sudah pasti dalam genggaman selepas Malaysia mengumpul keseluruhan satu emas dan tiga gangsa setakat ini.
Sukan Universiti Dunia di Chengdu bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bryan Leong
#perenang negara
#rekod baharu kebangsaan
#50 meter kuak kupu-kupu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan