awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bryan perbaharui rekod kebangsaan 50m kuak kupu-kupu di Budapest

Bernama
Bernama
10/12/2024
12:46 MYT
Bryan perbaharui rekod kebangsaan 50m kuak kupu-kupu di Budapest
Bryan merekodkan masa 23.64 saat (s) untuk menamatkan saingan saringan lima di tempat ketiga di belakang Lamar Taylor dari Bahamas (23.24s). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perenang negara Bryan Leong Xin Ren berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Renang Akuatik Dunia 2024 di Budapest, Hungary, hari ini.
Menurut laman sesawang World Aquatics, perenang berusia 21 tahun itu merekodkan masa 23.64 saat (s) untuk menamatkan saingan saringan lima di tempat ketiga di belakang Lamar Taylor dari Bahamas (23.24s) dan Abdul Jabar Adama dari Nigeria (23.56s).
Catatan masa yang dilakar oleh Bryan itu sekali gus mengatasi rekod lama 24.08s yang dilakukan pada kejohanan AP Race London, Mei lalu.
Bagaimanapun, catatan masa tersebut tidak dapat membantu beliau melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila mengakhiri saingan kelayakan di tempat ke-43 daripada keseluruhan 77 peserta.
Berdasarkan format pertandingan, hanya 16 peserta terbaik dalam pusingan kelayakan akan mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bryan Leong
#perenang negara
#rekod baharu
#Budapest
#50m kuak kupu-kupu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan