GIANLUIGI Buffon mengakui dia takut bersara tatkala tonggak veteran Juventus bersedia mengumumkan hala tuju masa depannya.
Pemain legenda Juve dan Itali itu dijangka mendedahkan perancangan masa depannya hari ini di sebalik spekulasi mengaitkan penjaga gawang berusia 40 tahun berkenaan yang telah membuat 176 kemunculan antarabangsa akan bersara.
Buffon pernah berkata dia akan bersara pada akhir musim ini kecuali Juve memenangi Liga Juara-Juara (UCL) atau adanya kempen Piala Dunia Kelab untuk diharungi.
Juve ditundukkan secara dramatik oleh Real Madrid di peringkat suku akhir UCL, begitupun Buffon tetap berkesempatan meraikan kejayaan Serie A dan Coppa Italia minggu lepas - gelaran Scudetto ketujuh berturut-turut dan Piala Italia keempat berturut-turut.
Bercakap mengenai prospek kehidupan selepas bola sepak, Buffon memberitahu pertahanan Barcelona, Gerard Pique, dalam wawancara dengan The Players' Tribune: "Pada usia saya ini, anda harus menilai keadaan pada setiap sebulan, seminggu atau sepanjang masa.
"Ini penting untuk atlet seperti anda dan saya yang selalu bermain di puncak, melakukan yang terbaik, berjuang untuk menjadi yang terbaik untuk kekal di puncak. Anda harus dalam keadaan baik secara fizikal kerana anda tidak mahukan keputusan yang buruk demi maruah anda.
"Saya adalah Buffon, dan itulah yang saya jadi sehingga minit terakhir. Dan apabila saya lagi setangkas itu, maka saya akan pergi. Dalam tempoh beberapa bulan, saya akan bertemu presiden dan kami akan menilai keadaan ini dengan tenang.
"Saya sangat gembira ketika ini. Saya gembira dapat beraksi kerana saya sukakan suasanamua -- saya bersama rakan-rakan dan saya tahu saya boleh membantu di padang. Pada hari saya tidak dapat melakukannya lagi, tiada masalah kerana saya mempunyai kerjaya yang hebat.
"Adalah tidak jujur jika saya memberitahu anda bahawa saya tidak takut. Tetapi di dalam hati, saya berasa tenang dan damai kerana saya memiliki sifat ingin tahu yang semula jadi. Pada hari saya berhenti bermain bola sepak, saya akan mencari jalan untuk menghilang kebosanan dan memastikan akan tetap sibuk.
"Lagipun, pemain seperti kami yang telah melalui perjalanan ini dengan gigih, perlukan sesuatu untuk fokus dan mempunyai alasan untuk bangkit. Saya tidak akan pernah bosan atau jauh daripada pandangan awam.
"Satu-satunya masalah saya, selama 23 tahun ini, kehidupan saya sentiasa teratur. Setiap pagi, anda mempunyai jadual tetapi apabila anda mempunyai 24 jam tanpa perlu berbuat apa-apa, itu boleh jadi masalah."
Buffon telah menghabiskan sepanjang kerjayanya di Itali sejak berpindah dari Parma ke Juventus pada 2001.
"Saya suka berada di sekitar orang yang berbeza, cara hidup dan cara berfikir berlainan.
"Apapun, saya orang Itali sejati. Masyarakat Itali memiliki had tetapi dunia yang saya kenali membuatkan saya tersenyum dan saya sukakannya.
"Sebagai tokoh dalam sukan, saya tidak mahu meninggalkan Itali selagi tiada keperluan."
Astro Arena
Thu May 17 2018
BUFFON: 'Selama 23 tahun ini, kehidupan saya sentiasa teratur. Setiap pagi, ada jadualnya. Tetapi apabila anda ada 24 jam, tanpa perlu berbuat apa-apa, itu boleh jadi masalah.' - Foto Astro ARENA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa
Ketua pasukan China, Zhang Linpeng sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura kelmarin.
Zaquan Adha bukan menangis sebab tak sambung kontrak, tetapi...
Zaquan menjelaskan, tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi kerana terpaksa menggunakan perkataan 'bersara'.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Zaquan Adha sudah dipancing pihak tertentu
Dia memberi bayangan tidak akan berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya sudah mengikat perjanjian dengan pihak tertentu.
Era dominasi The Minions dalam badminton berakhir
Pemain badminton Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton profesional.
Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.