KENYATAAN Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Situasi terkini membabitkan KL Rovers hanyalah membuka pintu untuk mencari pelabur yang mahu membeli saham naib juara Liga M3 itu demi kelangsungan pasukan yang khabarnya sudah bersedia melangkah ke Liga Super musim depan.
Begitupun, kenyataan Khalid bercanggah dengan situasi sebenar menyebabkan timbul kekeliruan ramai pihak.
"Kami sentiasa bercadang membuka peluang untuk mencari pemegang saham syarikat.
"Kami sudah ada calon dari luar yang menunjukkan (tanda) positif (dalam rundingan).
"Tapi apabila keluar cerita KL Rovers akan dijual ke kelab lain, ia memberi sedikit persoalan kepada pelabur berpotensi yang menunjukkan minat," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Aznor Dzulkarnain Aziz.
Sejak beberapa hari lalu, ramai pihak telah menghubungi KL Rovers untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
Keadaan ini meletakkan mereka dalam situasi rumit hanya disebabkan kenyataan rasmi yang tidak tepat hingga mengganggu perkembangan KL Rovers yang sedang mempersiapkan pasukan menjelang musim 2024.
"Tujuan penjualan kami adalah pegangan (saham) syarikat bukan seluruhnya.
"Kami jual saham syarikat untuk ia berkembang dan bergerak," katanya. - Stadium Astro
Astro Arena
Mon Feb 26 2024
Aznor Dzulkarnain berkata, tujuan penjualan saham syarikat adalah untuk berkembang dan bergerak ke hadapan. - Gambar/ Stadium Astro
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
KL Rovers untuk dijual
Dana yang diperoleh hasil jualan KL Rovers mampu membiayai keperluan untuk membayar tunggakan gaji yang dialami KL City FC.