awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bundesliga: Harry Kane kian berbisa di Bayern Munich

Astro Arena
Astro Arena
28/08/2023
01:30 MYT
Bundesliga: Harry Kane kian berbisa di Bayern Munich
Jaringan Kane itu melengkapkan minggu yang hebat buatnya selepas isteri penyerang itu melahirkan anak keempat pasangan itu. - Foto AP
BAYERN 3 AUGSBURG 1
Harry Kane merakamkan dua gol dalam penampilan sulung Bundesliga ketika Bayern Munich menewaskan Augsburg 3-1, awal pagi tadi.
Ketua pasukan England itu meletakkan Bayern 2-0 di depan ketika rehat melalui sepakan penalti pada minit ke-40 sebelum meraih gol keduanya selepas 69 minit permainan di Allianz Arena.
Bayern mula memimpin permainan apabila Felix Uduokhai secara tidak sengaja tertampan bola ke gawangnya sendiri selepas rembatan Leroy Sane terkena dari tiang.
Jaringan Kane itu melengkapkan minggu yang hebat buatnya selepas isteri penyerang itu melahirkan anak keempat pasangan itu.
"Menjaringkan gol adalah sebab utama saya berada di sini dan adalah bagus saya dapat mencetak dua gol pada hari ini," kata Kane dalam wawancara TV selepas perlawanan.
“Saya juga terlepas satu peluang terhidang tetapi secara keseluruhannya, saya gembira dengan keputusan ini selain turut menyumbang.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Harry Kane
#Bundesliga
#Bayern Munich
#augsburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan