SPORTS
Bundesliga: RB Leipzig tunda pesta bunga api Bayern Munich

Yussuf Poulsen (kiri) meraikan gol ketiga bersama Castello Lukeba dalam perlawanan Bundesliga antara RB Leipzig dan Bayern Munich di Red Bull Arena, Leipzig, Jerman, 3 Mei 2025. REUTERS
SAMBUTAN kejuaraan Bundesliga Bayern Munich ditangguhkan selepas gol penyamaan masa kecederaan Yussuf Poulsen memberikan keputusan seri 3-3 untuk RB Leipzig.
Skuad kendalian Vincent Kompany masih boleh meraih kejayaan di liga utama hujung minggu ini, jika Bayer Leverkusen gagal menang di tempat lawan ketika bertemu Freiburg malam ini.
Pembukaan kelam-kabut menyaksikan Benjamin Sesko memperoleh gol pembukaan pada minit ke-11, sebelum Lukas Klostermann menggandakan kelebihan pasukan tuan rumah enam minit sebelum rehat.
Michael Olise mencetuskan kebangkitan pada separuh masa kedua, bermula dengan umpanan buat Eric Dier menerusi sepakan sudut, sebelum bergabung dengan Serge Gnabry dan menjaringkan gol hanya seminit kemudian untuk menyamakan kedudukan.Bayern seolah-olah bersedia untuk merangkul kejuaraan apabila Leroy Sane merembat masuk ke gawang ketika hanya berbaki tujuh minit, hanya untuk Leipzig bangkit pada saat-saat akhir.
Xavi Simons menjumpai ruang di luar kotak penalti dan melakukan hantaran buat Poulsen, yang mempamerkan ketenangan luar biasa untuk menjaringkan gol sekaligus menyamakan kedudukan pada minit keempat masa kecederaan.
Keputusan seri terakhir meninggalkan Bayern menunggu keputusan Leverkusen untuk mengesahkan kejuaraan liga utama mereka, jika tidak pasukan Kompany boleh merangkul mahkota Bundesliga apabila mereka melayan kunjungan Borussia Monchengladbach Sabtu depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami