awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran Antarabangsa Bahrain: Tze Yong dinobat sebagai juara

Astro Arena
Astro Arena
05/12/2022
02:20 MYT
Cabaran Antarabangsa Bahrain: Tze Yong dinobat sebagai juara
Tze Yong (gambar) mengalahkan pemain Taiwan, Kuo Kuan-lin, dalam pertandingan selama 80 minit di Cabaran Antarabangsa Bahrain pada Ahad. - Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM
NG Tze Yong menamatkan musim 2022 dengan gelaran dalam genggaman selepas pemain kebangsaan itu merangkul gelaran perseorangan lelaki Cabaran Antarabangsa Bahrain.
Tze Yong bertarung dalam tiga set sebelum mengatasi pemain Taiwan, Kuo Kuan-lin, 21-15, 20-22, 21-12 dalam pertandingan selama 80 minit.
Dengan kejayaan tersebut, pilihan utama itu memenuhi sasaran untuk memperbaiki ranking dunia.
Tze Yong telah mempamerkan peningkatan berdasarkan pencapaian terdahulu, selepas memenangi Terbuka Poland, pertandingan di Scotland dan Belgium.
Dan kemenangan di Bahrain itu merupakan yang terbaik baginya tahun ini.
Dia turut mara ke separuh akhir Syed Modi International dan Terbuka Australia, dan menamatkan saingan sebagai naib juara di Sukan Komanwel.
Di pentas domestik, Tze Yong memperoleh pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma).
Namun, kejuaraan di Bahrain dilihat sebagai penyuntik semangat menjelang musim 2023, yang bakal bermula dengan Terbuka Malaysia yang membuka tirai pada 10 Januari.
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#Cabaran Antarabangsa Bahrain
#Terbuka Malaysia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan