KUALA LUMPUR: Cabaran skuad wanita muda negara di pentas Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan, berakhir selepas tumpas 0-4 di tangan India, hari ini.
Pada aksi pelengkap peringkat Kumpulan D itu, empat gol padang pasukan India sudah memadai untuk meranapkan impian skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim melangkah ke peringkat suku akhir apabila hanya mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan.
Dalam aksi hari ini, pasukan India bermula garang apabila membuka jaringan masing-masing menerusi gol padang Mumtaz Khan serta Sangita Kumari pada minit kesembilan dan ke-10.
Memasuki suku kedua, India yang dibimbing Erik Wonink terus selesa meneruskan penguasaan dengan gol ketiga menerusi jaringan gol padang Lalrindiki pada minit ke-25.
Sebaik suku ketiga bersambung, skuad Young Tigress berusaha meningkatkan rentak permainan namun gagal memecahkan kebuntuan untuk mendapatkan gol sulung.
Sebaliknya, pasukan lawan menambah derita skuad muda Malaysia apabila menjaringkan gol keempat menerusi gol padang Mumtaz pada minit ke-58 untuk kemenangan mutlak India.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Sebaik suku ketiga bersambung, skuad Young Tigress berusaha meningkatkan rentak permainan namun gagal memecahkan kebuntuan untuk mendapatkan gol sulung. - Gambar/ FB MHC
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Malaysia bangkit atasi Uruguay di Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia dijadual bertemu Ireland esok bagi pusingan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12.
Cabaran Young Tigress terhenti, tewas 0-4 di tangan India
Cabaran skuad wanita muda negara di pentas Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan, berakhir selepas tumpas 0-4 di tangan India, hari ini.
Dua jaringan pantas Wales buat Malaysia "gigit jari" hanya kongsi satu mata
Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Elizabeth Epui Martin pada minit ke-14.
Malaysia tewas aksi pembukaan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
Skuad projek khas hoki wanita negara bermula dengan langkah kiri selepas tewas kepada Jerman 0-10 dalam aksi Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan hari ini.