awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadang wujudkan sekolah sukan di Kedah - Mahdzir

Bernama
Bernama
04/03/2017
05:20 MYT
Cadang wujudkan sekolah sukan di Kedah - Mahdzir
MAHDZIR: Naik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional.
Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukan dan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini terdapat lima sekolah sukan nasional iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Johor; Terengganu; Pahang dan Sabah.
"Bagi kawasan utara, belum ada melainkan sekolah sukan negeri, justeru, kita bercadang mewujudkan sebuah sekolah sukan bertaraf nasional di kawasan utara...dicadangkan di Kedah.
"Cadangan ini bukan bermaksud membina sebuah sekolah baharu sebaliknya menaik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Negara 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Dr Mehander Singh Nahar Singh.
Menurut Mahdzir, kementerian akan meneliti beberapa aspek dan menilai sekolah yang berpotensi sebelum melaksanakan cadangan itu.
"Kita belum tentukan sekolah mana, kita akan tunggu laporan, bajet, lokasi, kemudian baru tentukan mengenainya," katanya.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, pelaksanaan program Satu Murid Satu Sukan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
"Ia berikutan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah yang kini turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sukan," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berharap Program Pembangunan Sukan Tenis Negara, yang merupakan jaringan kerjasama antara kementerian, Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), dapat melahirkan lebih ramai atlet mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Program yang dimulakan di Kedah diikuti Melaka pada Jun ini, akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda pembentukan sukan
#Kedah
#Mahdzir Khalid
#mutu sukan negara
#sekolah sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan