awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Casemiro pastikan Manchester United di ambang kelayakan Liga Juara-Juara

Astro Arena
Astro Arena
21/05/2023
00:00 MYT
Casemiro pastikan Manchester United di ambang kelayakan Liga Juara-Juara
Aksi Casemiro meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Bournemouth di Stadium Vitality, Bournemouth, 20 Mei 2023. (Foto AP)
MANCHESTER United selangkah hampir beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan selepas jaringan Casemiro memastikan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth di Stadium Vitality.
Kemenangan di tempat lawan, termasuk kegagalan Liverpool mengatasi Aston Villa, memperkukuhkan cengkaman United untuk mengakhiri saingan di kelompok empat terbaik dengan berbaki dua perlawanan.
Ini bermakna, Erik ten Hag semakin hampir mencapai objektif utamanya dalam musim pertama memimpin pasukan tersebut.
Di sebalik kemenangan yang diperoleh, ia bukanlah aksi terbaik daripada skuad bimbingan Ten Hag.
Selepas Casemiro membuka jaringan pada minit kesembilan, mereka kelihatan buntu mencari jalan menembusi gawang serta memberikan deretan peluang buat Bournemouth menyamakan kedudukan.
Namun aksi cemerlang daripada David de Gea menafikan tuan rumah untuk berkongsi mata.
United kini hanya memerlukan keputusan seri ketika bertemu Chelsea di Old Trafford Jumaat hadapan bagi memastikan pasukan layak beraksi di pentas UCL musim hadapan.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#EPL
#Casemiro
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan