Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying muncul naib juara Kejohanan Masters Thailand Puteri Sirivannavari di Stadium Nimibutr, Bangkok.

Chan/Goh terpaksa akur dengan kehebatan pasangan China, Zheng Siwei/Chen Qingchen apabila tewas 17-21 dan 15-21 dalam masa 38 minit, demikian menurut laman web kejohanan Persekutuan Badminton Dunia, http://bwf.tournamentsoftware.com/.

Kejohanan Emas Grand Prix itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD 120,000 (RM498,006).