SUKAN
Chelsea didakwa langgar peraturan pembayaran ejen

Kebanyakan kesalahan Chelsea yang didakwa berlaku antara musim 2010-2011 dan 2015-2016, melibatkan urusan dengan ejen, orang tengah serta pelaburan pemain pihak ketiga. - Gambar fail AP
LONDON: Persatuan Bola Sepak (FA) mendakwa Chelsea melakukan 74 kesalahan berkaitan pelanggaran peraturan pembayaran kepada ejen antara 2009 dan 2022, lapor Xinhua.
Kebanyakan kesalahan yang didakwa berlaku antara musim 2010-2011 dan 2015-2016, melibatkan urusan dengan ejen, orang tengah serta pelaburan pemain pihak ketiga.
Kelab itu diberi tempoh sehingga 19 Sept untuk mengemukakan jawapan.
Chelsea dimiliki oleh bilionair Rusia, Roman Abramovich dari 2003 hingga 2022, sebelum dijual kepada konsortium yang diketuai pelabur Amerika Syarikat, Todd Boehly dan firma ekuiti swasta, Clearlake Capital.Dalam satu kenyataan, Chelsea berkata: "Sepanjang proses penilaian wajar sebelum pembelian dimuktamadkan, kumpulan pemilik baharu menyedari kemungkinan terdapat laporan kewangan tidak lengkap berkaitan transaksi terdahulu dan potensi pelanggaran peraturan FA."
"Sebaik sahaja pembelian selesai, kelab terus melaporkan perkara ini kepada semua pengawal selia berkaitan, termasuk FA.
"Kami telah menunjukkan tahap ketelusan yang belum pernah berlaku dalam proses ini, termasuk memberikan akses penuh kepada fail dan data sejarah kelab," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami