ANTONIO Conte percaya Chelsea telah menemui semula motivasi yang hilang sejak tewas kepada Roma dalam Liga Juara-Juara Eropah, bulan lalu.
Skuad The Blues tewas 3-0 di Stadio Olimpico tetapi berpeluang menamatkan kedudukan di tempat kedua Kumpulan C jika meraih tiga mata di Qarabag, Khamis ini.
Mereka mencari prestasi yang lebih baik di peringkat Eropah berikutan kemenangan mengagumkan ke atas Manchester United dan West Brom dalam Liga Perdana Inggeris.
Dan Conte yakin juara Liga Perdana Inggeris itu sudah berubah selepas mempamerkan aksi 'acuh tak acuh' pada awal musim ini.
"Pemain dan pasukan ini sentiasa menunjukkan keinginan yang besar, keinginan untuk bertarung dalam setiap perlawanan," kata Conte kepada wartawan.
"Menentang Roma, kami tidak menunjukkannya. Saya selalu meletakkan diri saya di hadapan pemain, untuk mengambil tanggungjawab.
"Bagi saya, kami tidak sepatutnya menamatkan babak pertama 2-0, tetapi dalam babak kedua ia adalah negatif kerana kami tidak menunjukkan hasrat untuk mengubah keputusan, cuba untuk seri atau menang. Setiap musim ada permainan seperti itu.
"Kami mempunyai banyak masalah pada awal musim dan kami juga cuba mengubah sesuatu dalam aspek taktikal, untuk mencari penyelesaian yang berbeza.
"Apabila anda melepaskan banyak gol, ia bermakna anda perlu mencari keseimbangan dan pengukuhan. Saya berharap pasukan terus bertambah baik."
Conte mengekalkan pendiriannya bahawa keputusan menggugurkan David Luiz adalah semata-mata "taktikal" dan sebahagiannya disebabkan prestasi semasa Andreas Christensen.
"Setiap perlawanan saya perlu membuat keputusan terbaik untuk pasukan, dan jika saya mengambil keputusan ini, bermakna Christensen layak bermain," katanya.
"Saya fikir Christensen bermain dengan baik tetapi kami perlu banyak bermain dan perlu bermain setiap tiga hari.
"Kami memerlukan semua pemain dan mempunyai penyelesaian yang berbeza. Musim lalu (pertahanan tengah) saya tidak mempunyai pilihan ini."
Astro Arena
Mon Nov 20 2017
CONTE: Saya fikir Christensen bermain dengan baik tetapi kami perlu banyak bermain dan perlu bermain setiap tiga hari. - Gambar fail
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Christensen calon kapten The Blues, kata Conte
Pemain antarabangsa Denmark itu dipersalahkan atas gol penyamaan Lionel Messi di Stamford Bridge, awal pagi Rabu lalu selepas hantarannya dipintas Andres Iniesta.
Chelsea kembali dahaga - Conte
Skuad The Blues tewas 3-0 di Stadio Olimpico tetapi berpeluang menamatkan kedudukan di tempat kedua Kumpulan C jika meraih tiga mata di Qarabag, Khamis ini.