awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea pecat Potter susulan tewas kepada Aston Villa

Astro Arena
Astro Arena
03/04/2023
02:20 MYT
Chelsea pecat Potter susulan tewas kepada Aston Villa
Graham Potter memerhati pasukannya beraksi ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Chelsea di Stadium Tottenham Hotspur, London, 26 Feb 2023. - Gambar fail AP
CHELSEA telah memecat ketua jurulatih, Graham Potter, berikutan kekalahan 2-0 pada Sabtu kepada Aston Villa menyebabkan The Blues terperangkap di bahagian bawah carta Liga Perdana Inggeris.
Potter meninggalkan Brighton and Hove Albion untuk mengambil alih Chelsea berikutan pemecatan Thomas Tuchel pada September, tetapi pemain berusia 47 tahun itu bergelut untuk mencetuskan konsistensi semasa musim perubahan di Stamford Bridge.
Walaupun Chelsea membelanjakan anggaran GBP289.7 juta untuk pemain termasuk Enzo Fernandez, Mykhaylo Mudryk, Benoit Badiashile dan lain-lain pada bulan Januari, Potter bergelut untuk membawa The Blues ke dalam persaingan untuk kelayakan Eropah.
Ketika Chelsea mengatasi Borussia Dortmund untuk menyambung perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara dengan Real Madrid, mereka hanya memenangi dua daripada sembilan perlawanan liga.
Kekalahan di tempat sendiri pada Sabtu kepada Aston Villa menyaksikan pasukan kendalian Unai Emery memintas Chelsea ke separuh teratas carta, dengan Potter meninggalkan The Blues di tempat ke-11, 12 mata di belakang empat teratas.
Bekas pemain pertahanan Brighton, Bruno Saltor, yang mengikuti Potter ke Chelsea awal musim ini, akan memegang tampuk sebagai ketua jurulatih sementara.
Dalam satu kenyataan di laman web kelab, Chelsea mengucapkan terima kasih kepada Potter atas usahanya dan berkata dia akan 'bekerjasama dengan kelab untuk memudahkan peralihan yang lancar'.
Pemilik majoriti bersama, Todd Boehly dan Behdad Eghbali berkata, "Bagi pihak semua orang di kelab, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Graham dengan ikhlas atas sumbangannya kepada Chelsea.
"Kami mempunyai tahap penghormatan tertinggi untuk Graham sebagai seorang jurulatih dan sebagai seorang individu. Dia sentiasa menjalankan tugas dengan profesional dan integriti, kami semua kecewa dengan keputusan ini.
“Kami mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
"Kami akan meletakkan setiap usaha dan komitmen dalam setiap satu daripada perlawanan itu supaya kami dapat menamatkan musim ini dengan cemerlang."
Chelsea melayan Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana seterusnya pada hari Selasa sebelum melawat Wolves pada hari Sabtu, selepas itu mereka akan bertandang ke Santiago Bernabeu untuk perlawanan pertama pusingan lapan terakhir Liga Juara-Juara menentang juara bertahan, Madrid.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Graham Potter
#ketua jurulatih
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan