KUALA LUMPUR: Selepas gagal dalam empat pertemuan terdahulu, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe menganggap sekarang masa terbaik untuk skuad Harimau Malaya mengatasi Vietnam apabila kedua-dua pasukan bertembung tengah malam nanti.
Pertembungan aksi pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu adalah kali kelima Cheng Hoe berdepan cabaran skuad Naga Emas sejak dilantik sebagai ketua jurulatih pada Disember 2017.
Cheng Hoe, 53, berkata dengan peningkatan pemahaman dari aspek teknikal dan taktikal ditunjukkan barisan pemainnya, aksi di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu adalah peluang keemasan pasukan untuk meraih kemenangan sekali gus menamatkan badi keputusan buruk berdepan Vietnam.
Jelasnya, keyakinan itu turut dipengaruhi semangat ditonjolkan anak buahnya dalam usaha untuk bangkit menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang kini semakin sukar selepas skuad kebangsaan tewas 0-4 kepada UAE dalam aksi kumpulan minggu lepas.
"Saya rasa kali ini adalah peluang terbaik kerana kita (barisan kejurulatihan) nampak setiap pemain ada peningkatan dari segi teknikal dan pemahaman taktikal. Kita perlu gunakan peluang itu untuk dapatkan keputusan positif kali ini.
"Kita harap mana-mana pemain yang diturunkan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas musuh yang selama ini kita susah nak mendapatkan keputusan positif apabila bertemu," katanya pada sidang media secara dalam talian selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Dubai, pada Khamis.
Berdasarkan rekod, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Cheng Hoe hanya berjaya mencatat satu keputusan seri dalam empat perlawanan terakhir menentang Vietnam dengan pertemuan terbaru Malaysia tewas 0-1 dalam aksi kumpulan kempen kelayakan ketika berkunjung ke Hanoi pada Oktober 2019.
Skuad Vietnam kendalian Park Hang-seo juga menikmati saingan kempen kelayakan yang cemerlang selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selain hanya dibolosi satu gol setakat ini.
Selepas enam perlawanan, Vietnam kini mendahului Kumpulan G dengan mengumpul 14 mata, diikuti UAE (12 mata), Thailand (sembilan mata), Malaysia (sembilan mata) dan Indonesia tercorot dengan satu mata.
Sementara itu, Cheng Hoe turut berharap penyerang naturalisasi Guilherme De Paula dapat menemui sentuhannya ketika berdepan Vietnam selepas pemain kelahiran Brazil berusia 34 tahun itu bergelut menampilkan aksi terbaik ketika diturunkan menentang UAE.
"Kalau kita lihat kualiti De Paula dalam mana mana liga dia bermain selama ini beliau tidak gagal menjadi antara penjaring terbanyak, kita harap dengan keyakinan dan pengalaman beliau dapat buat sesuatu dalam perlawanan nanti," katanya.
Cheng Hoe berkata persefahaman pasukan khususnya di bahagian benteng pertahanan semakin baik menjelang pertembungan itu sementara pemain kacukan Junior Eldstal hampir pasti tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.
Justeru, beliau menaruh harapan tinggi kepada gandingan kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan pemain kacukan Malaysia-Belgium Dion Cools di nadi pertahanan pasukan bagi memainkan peranan berdepan Vietnam.
"Kita nampak setiap hari ada peningkatan dalam sesi latihan, semua pemain memberikan kerjasama baik dengan Dion (Cools) dan kita harap beliau bersama Aidil yang mempunyai pengalaman luas boleh sama-sama mengemudi barisan pertahanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021
Tan Cheng Hoe menganggap sekarang masa terbaik untuk skuad Harimau Malaya mengatasi Vietnam apabila kedua-dua pasukan bertembung. -Gambar fail/BERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.