KUALA LUMPUR: "Saya tabik hormat kepada Tan Cheng Hoe."
Itu reaksi bekas pengendali skuad kebangsaan B. Sathianathan berhubung keputusan berani dan mengejutkan yang diambil Cheng Hoe apabila melepaskan jawatannya selaku Ketua Jurulatih pasukan negara selepas empat tahun menggalas tanggungjawab itu.
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu berkata tindakan Cheng Hoe akan memberi nilai tambah kepada imejnya sebagai seorang jurulatih selepas turut membuktikan kemampuan di padang sewaktu membimbing skuad Harimau Malaya.
Beliau berkata Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara sejak dilantik menggantikan pengendali kelahiran Portugal Nelo Vingada pada Disember 2017.
"Saya hormat beliau kerana berani buat keputusan ini sebab tak ramai boleh bertindak seperti itu.
"Beliau adalah seorang jurulatih yang pulihkan imej kita, apabila di bawah Vingada kita asyik kalah saja. Kita boleh nampak prestasi pasukan naik mendadak.
"Apa yang disajikan pasukan negara di bawah bimbingan beliau terutama pada awal saingan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, saya nampak itu adalah saat paling seronok untuk menonton skuad kebangsaan beraksi.
"Tetapi kegagalan di Kejuaraan Piala AFF 2020 mungkin mempengaruhi keputusannya dan saya akui (satu kegagalan) tetapi kalau lihat secara teliti, pasukan negara itu bukanlah pasukan terbaik dibentuk Cheng Hoe," katanya sambil menyifatkan Cheng Hoe sebagai seorang jurulatih yang berdedikasi.
Cheng Hoe berjaya memperbaiki ranking pasukan negara yang berada di kedudukan terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia di tangga ke-178 dunia kepada posisi ke-153 sejak mengambil alih tugas itu.
Prestasi terbaik skuad kebangsaan di bawah Cheng Hoe adalah pada musim 2019 apabila pasukan negara merekodkan sembilan kemenangan daripada keseluruhan 13 perlawanan termasuk aksi persahabatan Tier 1 dengan empat daripadanya menewaskan pasukan dalam ranking lebih tinggi pada ketika itu.
Pada Isnin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan Cheng Hoe, yang mempunyai kontrak bersama skuad kebangsaan hingga penghujung 2022, melepaskan jawatannya berikutan kegagalan pasukan negara melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2020 bulan lepas.
Pada kempen kejuaraan itu, Malaysia yang turun selaku naib juara edisi 2018 gagal melangkah ke peringkat kalah mati selepas menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga dengan hanya meraih dua kemenangan daripada keseluruhan empat aksi.
Mengulas lanjut, Sathianathan berpendapat tindakan Cheng Hoe itu antara lain bagi meredakan kemarahan peminat tempatan berikutan kegagalan skuad Harimau Malaya pada kempen Kejuaraan Piala AFF 2020.
"Apa yang saya lihat komen-komen daripada peminat dan warganet kadang-kadang tidak masuk akal, mungkin Cheng Hoe melepaskan jawatan supaya dapat meredakan sikit keadaan yang keruh ketika ini, jadi ini satu tindakan yang berani," katanya.
Seorang lagi bekas ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal dalam akaun Twitternya berkata Cheng Hoe sentiasa memberikan yang terbaik dan memberi tumpuan penuh kepada tugasnya.
"Anda telah melakukan yang terbaik TCH. Saya tahu keikhlasan dan kejujuran anda dalam menjalankan tugas.
"Rakan sekerja terbaik yang pernah saya impikan dan saya bertuah memiliki anda dalam kerjaya kejurulatihan saya.
"Tanpa TCH di sisi, saya tidak mungkin mendapat pengiktirafan yang diperoleh sepanjang bergelar ketua jurulatih. Semoga anda mendapat lebih banyak khabar yang menggembirakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Sathianathan berpendapat tindakan Cheng Hoe itu antara lain bagi meredakan kemarahan peminat tempatan berikutan kegagalan skuad Harimau Malaya pada kempen Kejuaraan Piala AFF 2020. -Gambar fail

Politik | Hilang keyakinan terhadap parti, 50 ahli Armada sertai UMNO
Kira-kira 50 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

AWANI Ringkas: Hanya ada satu kem dalam UMNO – Ismail Sabri
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/thumbnails/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasaYang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri, Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujudnya dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50,000 penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah dan Galian.

KDA FC nafi 'pancing' Cheng Hoe sebagai Pengarah Teknikal
Menurut Khamal Idris Ali, spekulasi mengaitkan Cheng Hoe dengan skuad Sang Kenari itu sekadar khabar angin.

Sejak dari awal, FAM gagal hantar pemain mencukupi ke Piala AFF - Dell Akbar
Malaysia hanya menghantar 24 pemain dengan 11 daripadanya adalah pemain pertahanan, enam pemain tengah, empat penyerang dan tiga penjaga gol.

"Saya akan pastikan Harimau Malaya kembali mengaum!" - Presiden FAM
Hamidin Mohd Amin ikrar untuk kembalikan kegemilangan bola sepak tanah air.

Kim Pan-gon dari Korea Selatan dilantik Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu
Pengumuman dibuat Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebentar tadi.

FAM umum pengganti Cheng Hoe hari ini
Beberapa calon dari dua negara gergasi Asia - Korea Selatan dan Jepun - dilaporkan menjadi pilihan FAM.

Pengganti Cheng Hoe selepas terima laporan badan siasatan bebas - Yusoff
Mohd Yusoff berkata, laporan bedah siasat dijangka selesai minggu depan.

Wajarkah Cheng Hoe dipersalahkan?
Desakan meletak jawatan sudah mula kedengaran sejak kegagalan skuad negara pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan
Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara.

'Saya hormati keputusan Cheng Hoe - Ahmad Faizal
"Saya hormati keputusan Tan Cheng Hoe kerana saya pasti beliau telah bincangkan perkara ini bersama barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia)".

'Saya tidak jadi 'kambing hitam' - Cheng Hoe
Cheng Hoe menjelaskan bahawa tiada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya menganggap itu sebagai satu cabaran untuknya.