SELANGOR FC akan lebih berwaspada menjelang perlawanan kalah mati suku akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.
Biarpun Selangor pernah menewaskan Negeri Sembilan sebelum ini, namun pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain-pemain dibuai kemenangan lalu.
Sebaliknya, Cheng Hoe percaya skuad Rusa yang dibimbing pengendali berpengalaman K Devan mampu menghadirkan keputusan positif sekiranya para pemain mengambil mudah cabaran pasukan tuan rumah.
Selangor bangkit menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 April lalu - dengan gol diledakan Faisal Halim (minit ke-56) dan Sharul Nazeem Zulpakar (m-91) yang memadamkan pendahuluan Herold Goulon (m-48).
"Biarpun begitu kejayaan menewaskan Kedah tempoh merupakan tonik semangat dan menambah keyakinan kepada pemain Selangor untuk meraih keputusan positif berdepan Negeri Sembilan.
"Memang kebanyakan pemain ternyata nampak keletihan sedikit, namun itu bukan alasan untuk tidak memberikan aksi terbaik masing-masing di Paroi biarpun Negeri Sembilan memiliki keletihan satu hari rehat.
"Saya akui terdapat pemain-pemain yang telah mengharungi dua perlawanan berturut-turut, kemungkinan kami akan melakukan penggiliran apabila berdepan Negeri Sembilan," katanya kepada Sukan Sinar.
Mengulas lanjut Cheng Hoe mengakui Negeri Sembilan merupakan sukar dijinakkan seperti dibuktikan ketika kedua-kedua pasukan berentap dalam perlawanan Liga Super sebelum ini.
Tambahnya, saingan Piala FA peringkat ini pula merupakan saingan kalah mati yang pastinya menghadirkan pelbagai kejutan akan dimanfaatkan skuad Hoben Jang Hoben sebagai pasukan tuan rumah.
"Saya percaya Negeri Sembilan di bawah kendalian coach Devan yang sememangnya yang cukup berpengalaman dalam saingan Liga Super tahu bagaimana untuk menyediakan pasukan yang mantap berdepan Selangor.
"Negeri Sembilan yang lebih dikenali dengan permainan counter attack mungkin coach Devan akan menggunakan pendekatan berbeza perlawanan kali ini.
"Malah saya menjangkakan Negeri Sembilan akan lebih agresif di Paroi dan Selangor perlu lebih bersedia mental dan fizikal dalam perlawanan Piala FA yang penuh pelbagai kejutan," katanya.
Terdahulu Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-2 dalam perlawanan aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tiga mata diraih itu membolehkan anak Cheng Hoe menghimpun 28 mata sekaligus kemenangan keenam dalam tujuh aksi terakhir The Red Giants.
PIALA FA 2023
Suku Akhir
SABTU (27 Mei)
*Terengganu FC lwn Kelantan FC (Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 5 petang)
*Negeri Sembilan lwn Selangor FC (Stdm Tuanku Abdul Rahman, 8.15 malam)
AHAD (28 Mei)
*Sabah FC lwn Kuala Lumpur City FC (Stdm Likas, 5.45 petang)
*JDT lwn Penang FC (Stdm Sultan Ibrahim, 8.15 malam)
*Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 27 2023
Pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain-pemain dibuai kemenangan lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Cheng Hoe waspada taktikal Devan di Paroi
Pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain-pemain dibuai kemenangan lalu.
Persahabatan Antarabangsa: Cheng Hoe puas hati dengan persembahan Harimau Malaya
Bagi Cheng Hoe, barisan pemain negara telah menujukkan perubahan positif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Jordan.