awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia

Bernama
Bernama
15/02/2025
22:30 MYT
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
QINGDAO: Tuan rumah China selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraannya selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Jepun dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025 di sini pada Sabtu, lapor Xinhua.
Dalam acara beregu campuran, pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan muda China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying 21-15, 21-16 untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
"Pemain Jepun sangat berpengalaman dan tenang. Saya sedih kerana belum menyumbang sebarang mata kepada pasukan saya setakat ini, dan saya telah mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki," kata Wu.
Rakan sepasukannya, Xu Wenjing, kemudian menyamakan kedudukan 1-1 selepas menundukkan pemain ranking kelapan dunia, Tomoka Miyazaki, 21-16, 21-17 dalam acara perseorangan wanita.
"Sejujurnya, saya terkejut dapat menang dalam straight set. Saya sangat fokus di gelanggang hari ini dan akan sentiasa bersedia untuk perlawanan seterusnya," kata Xu yang berusia 17 tahun.
China kemudian mendahului 2-1 menerusi Hu Zhean, yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Yushi Tanaka 7-21, 21-17, 21-11 dalam acara perseorangan lelaki.
Namun, Jepun kembali mengikat kedudukan 2-2 selepas Arisa Igarashi dan Ayako Sakuramoto mengatasi gandingan Chen Qingchen dan Wang Tingge 21-16, 21-18 dalam acara beregu wanita.
Dalam perlawanan penentuan beregu lelaki, Chen Xujun dan Huang Di bertarung selama 73 minit sebelum menundukkan Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura 20-22, 21-17, 21-15, sekali gus mengesahkan kemenangan 3-2 buat China.
China akan berdepan Indonesia di final selepas pasukan itu menewaskan Thailand 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025
#final
#China
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan