KUALA LUMPUR: Bekas pemain beregu lelaki negara, Chan Chong Ming meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan pada Rabu lepas (29 Dis).
Selepas pertimbangan yang teliti, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa mereka telah mencapai keputusan untuk menerima surat peletakan jawatan Chong Ming.
Ia berkata jurulatih berusia 41 tahun itu melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama selepas menyertai BAM pada Julai 2020.
"BAM ingin merakamkan penghargaan kepada Chong Ming atas sumbangan beliau terhadap pencapaian pasukan beregu wanita negara setakat ini.
"Setiap individu dalam persatuan mengucapkan selamat maju jaya dalam usahanya pada masa depan," menurut kenyataan itu.
Chong Ming adalah arkitek utama yang mentransformasikan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah apabila gandingan itu merangkul kejuaraan Terbuka Switzerland Mac lepas selain membantu Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean layak ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai lalu.
Semasa bergelar pemain, Chong Ming memperoleh dua pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia bersama Chew Choon Eng pada 2001 dan Koo Kien Keat pada 2005 ketika membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 2002 sebelum beliau menggantung raket pada 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021
Chong Ming adalah arkitek utama yang mentransformasikan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah (gambar) apabila gandingan itu merangkul kejuaraan Terbuka Switzerland Mac lepas. - Gambar fail/BAM
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Chong Ming letak jawatan jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan
Bekas pemain beregu lelaki negara, Chan Chong Ming meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan pada Rabu lepas (29 Dis).