Chong Wei tersingkir di pusingan pertama Seluruh England sebelum ditunjuk jalan keluar pada pusingan kedua Terbuka India.
Bekas pemain nombor satu dunia itu sedar, tuntutan tinggi daripada pelbagai pihak yang mahukan dia menang setiap perlawanan meskipun misi utama adalah Olimpik di Rio.
"Ini adalah kejohanan di tempat sendiri, jadi saya lebih persiapkan diri saya dengan tekun kerana cabaran juga kuat.
"Keadaan saya ketika ini bukanlah ditahap terbaik tetapi saya bertekad berikan yang terbaik," jelas Chong Wei.
Sementara itu Chong Wei Feng yang akan mengundur diri daripada skuad kebangsaan 1 Mei ini mahukan kenangan manis di Terbuka Malaysia.
Dia enggan berputih mata beraksi di depan penyokong sendiri apabila bakal memulakan kempen di pusingan kelayakan menentang pemain Jepun, Kenichi Tago.
"Saya harap saya mampu lakukannya kerana ketika ini dia (Kenichi Tago) bukan dalam keadaan yang baik."Walaupun ketika ini dia mendahului rekod pertemuan 4-1 tetapi saya harap saya mampu menangi perlawanan pertama nanti," kata Wei Feng.