awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen

Astro Arena
Astro Arena
25/11/2024
09:17 MYT
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jonassen menegaskan bahawa dia sentiasa meminati badminton Malaysia kerana mempunyai sokongan yang menakjubkan daripada kalangan peminat. - Foto BERNAMA
JURULATIH perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menerusi sukan badminton.
Ketika sidang media rasmi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), jurulatih kelahiran Denmark itu menegaskan bahawa dia sentiasa meminati badminton Malaysia kerana mempunyai sokongan yang menakjubkan daripada kalangan peminat.
Dia juga mendedahkan sudah memberi kata putus untuk ke Malaysia melalui perbualan telefon bersama Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.
"Saya percaya ini adalah peluang seumur hidup untuk berada di sini," katanya kepada Nadi Terkini.
Welcome to Malaysia, Kenneth Jonassen! @ASTROARENA pic.twitter.com/EEEvlG9lM2
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 25, 2024
Apabila bercakap mengenai sasaran yang ditetapkan, dia berkata: "Ia memerlukan masa untuk mencapai impian tersebut. Semua orang mahu memenangi di peringkat tertinggi dunia.
"Perkara paling utama ialah saya perlu bekerja lebih rapat dengan pihak kejurulatihan dan semua pemain. Kami harus fokus satu per satu selain usaha keras yang diperlukan.
Begitupun, jurulatih berusia 50 tahun itu mahu menjalinkan hubungan yang selesa terlebih dahulu bersama semua pemain dan pihak terlibat.
Ketika ingin membentuk keserasian, hubungan yang baik serta persefahaman yang tinggi akan diperkukuh bagi memudahkan proses persiapan pemain menjelang kejohanan akan datang.
Kenneth juga tidak menolak kemungkinan untuk membawa perubahan 360 darjah demi memastikan objektif tercapai selain dia juga mahu mempelajari perkara baru di Malaysia. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Jurulatih perseorangan baru negara
#Kenneth Jonassen
#badminton
#Sukan Olimpik Los Angeles 2028
#BAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan