awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei, Lin Dan dipilih dalam 'Hall of Fame' BWF

Bernama
Bernama
02/05/2023
10:58 MYT
Chong Wei, Lin Dan dipilih dalam 'Hall of Fame' BWF
Dua legenda badminton yang merupakan pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka telah dipilih dalam senarai pemain luar biasa BWF. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan 'musuh' tradisinya dari China, Lin Dan dipilih dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023.
BWF dalam kenyataan memaklumkan dua legenda badminton yang merupakan pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka telah dipilih dalam senarai pemain luar biasa badan induk dunia itu.
Majlis pemasyhuran itu dijadualkan pada 26 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Presiden BWF Poul-Erik Hoyer yang memuji kedua-dua pemain atas impak dalam pertandingan berkata, mereka akan diingati lebih daripada pencapaian dan kejayaan yang dicapai dalam kejohanan disertai.
"Chong Wei dan Lin Dan adalah antara duta terulung sukan badminton sepanjang dua dekad yang lepas. Dengan persembahan cemerlang, mereka menarik peminat dari seluruh generasi kepada sukan ini.
"Kedua-dua mereka layak berada dalam Hall of Fame," katanya.
Chong Wei, 41 dan Lin Dan, 40, yang memulakan kerjaya mereka di peringkat antarabangsa pada awal 2000, menempa nama dalam sukan badminton sehingga masing-masing memutuskan untuk bersara pada 2019 dan 2020.
Chong Wei yang bersara akibat masalah kesihatan kanser hidung dialaminya telah meraih 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan pemain badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.
Sementara Lin Dan yang tiada tandingan pada penyertaan di kejohanan utama dengan dua gelaran jaguh Olimpik dan lima kejohanan dunia.
"Ukuran penguasaan antara mereka, mereka berentap sebanyak lima perlawanan akhir Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia BWF. Chong Wei dan Lin Dan mencipta beberapa rekod sepanjang kerjaya mereka.
"Mereka juga menjadi aset penting pasukan dalam kejohanan berpasukan," menurut BWF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Lee Chong Wei
#Lin Dan
#BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan