awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Perancis

Bernama
Bernama
24/10/2015
13:47 MYT
Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Perancis
Pemain bukan pilihan dari China itu mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain England, Rajiv Ouseph dalam rubber-set 21-17, 12-21, 21-8 pada satu lagi saingan suku akhir. - Gambar BERNAMA
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghampiri gelaran ketiga musim ini apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Perancis di Stadium Pierre de Coubartin di Paris.
Bekas pemain nombor satu dunia berusia 32 tahun itu hanya mengambil masa 36 minit untuk menempah slot separuh akhir apabila menewaskan pemain veteran dari Jepun, Sho Sasaki dengan straight set 21-9, 21-12 pada perlawanan suku akhir.
Sejak kembali dari penggantungan Mei lepas atas kesalahan doping, Chong Wei menjuarai Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, kedua-dua pada Jun lepas.
Chong Wei akan menentang pemain China, Wang Zhengming pada pertemuan separuh akhir pada pukul 7 malam, Sabtu, waktu tempatan (1 tengah malam ini waktu Malaysia), menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Pemain bukan pilihan dari China itu mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain England, Rajiv Ouseph dalam rubber-set 21-17, 12-21, 21-8 pada satu lagi saingan suku akhir.
Bagaimanapun, cabaran Malaysia dalam empat lagi acara iaitu beregu lelaki, perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran berakhir pada pusingan awal pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$275,000 (RM1.18 juta).
Topic Berkaitan
#Kejohanan Siri Super Terbuka Perancis
#Lee Chong Wei
#Sho Sasaki
#Stadium Pierre de Courbartin
#Wang Zhengming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan