awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei mara ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
23/10/2015
01:26 MYT
Chong Wei mara ke suku akhir
Chong Wei (gambar) mara ke suku akhir Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan juara remaja dunia 2010 Viktor Axelsen dari Denmark.
PEMAIN perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan juara remaja dunia 2010, Viktor Axelsen dari Denmark di Paris malam tadi.
Chong Wei, 33, yang tewas set pertama 12-21, bangkit memperkemaskan permainan untuk menjinakkan lawannya yang 12 tahun muda daripadanya apabila memenangi dua set berikutnya 21-17, 21-14.
Ini adalah kemaraan suku akhir pertamanya dalam sirkit Siri Super musim ini selepas bebas daripada penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping Mei lalu.
Di suku akhir esok, Chong Wei akan menentang pemain veteran Jepun, Sho Sasaki yang mara selepas menundukkan rakan senegaranya, Kento Momota 15-21, 21--19, 21-19.
Begitupun cabaran pasangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong berakhir di pusingan kedua apabila tunduk kepada Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dari Korea Selatan 11-21, 18-21.
Sebelum itu, pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi mudah melepasi lawannya di pusingan pertama yang diadakan awal pagi tadi apabila pilihan ketujuh, Sung Ji Hyun dari Korea Selatan menarik diri ketika ketinggalan 2-4 di set pertama.
Tee akan menentang pemain Indonesia, Maria Febe Kusumastuti di pusingan kedua awal pagi esok waktu Malaysia.
Pasangan veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Bon Heong turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan beregu England, Andrew Ellis/Peter Mills 21-16, 21-17.
Di pusingan kedua awal pagi esok, mereka akan berdepan pasangan Jepun, Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa.
Topic Berkaitan
#Chong Wei
#Denmark
#Siri Super
#Terbuka Perancis
#viktor axelsen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan