KUALA LUMPUR: "Terima kasih kerana menyatukan kita (rakyat Malaysia)," demikian reaksi legenda badminton perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei selepas menyaksikan Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Chong Wei yang memenangi pingat perak dalam tiga penampilannya di pentas Olimpik bermula pada Beijing 2008 tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dengan pencapaian bersejarah dilakar pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu.
"Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutan mu. Bersorak satu Malaysia pabila kamu menerjah untuk mendapatkan perak (pingat). Berbangga satu Malaysia melihat bendera (Jalur Gemilang) dikibarkan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo itu turut yakin Mohd Azizulhasni, 33, memiliki kemampuan untuk meneruskan misi merangkul pingat emas Olimpik pertama negara pada edisi temasya seterusnya di Paris pada 2024.
"Gangsa dan perak you dah ada...I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti," jelas Chong Wei.
Beberapa atlet kebangsaan lain turut melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian penuh bermakna diraih Mohd Azizulhasni menerusi ciapan di Twitter masing-masing antaranya bekas jaguh skuasy wanita Datuk Nicol Ann David dan ratu terjun negara Pandelela Rinong.
"Wow!! Awesome race @AzizulAwang and taking the silver medal!!. Huge congratulations to you and always making us so proud!! #malaysianpride ("Wow!! Perlumbaan hebat @AzizulAwang dan rangkul pingat perak!!. Tahniah kepada anda dan sentiasa membuat kami begitu bangga!! #malaysianpride)," ciap Nicol.
Pada masa sama, pemain badminton negara yang memenangi pingat gangsa acara beregu lelaki di Tokyo, Aaron Chia turut memuat naik gambar Mohd Azizulhasni di laman Instagram rasminya dengan hantaran: "Congrats to Datuk @azizulhasniawang for winning the silver medal for Malaysia (Tahniah kepada Datuk @azizulhasniawang kerana memenangi pingat perak untuk Malaysia)."
Sementara itu, CIMB Group Holdings Berhad merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Azizulhasni yang merupakan duta CIMB.
"Kerja keras dan ketabahan anda telah membawa kepada pencapaian hebat ini. Kami amat berbangga dan berbesar hati menjadikan anda sebagai duta CIMB dan kemenangan anda menunjukkan semua nilai yang dimiliki CIMB Group sebagai benar - kekuatan, daya tahan dan keazaman mutlak," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Abdul Rahman Ahmad.
Dalam saingan peringkat akhir penuh dramatik di Velodrom Izu, penyandang juara Jason Kenny dari Britain mempamerkan kayuhan luar biasa sejak di awal pusingan untuk terus menguasai perlumbaan sehingga ke akhir bagi mengekalkan kejuaraannya.
Mohd Azizulhasni, 33, melintasi garis penamat untuk pingat perak, sekali gus menangguhkan harapan memenangi pingat emas Olimpik pertama bagi Malaysia, manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen yang merangkul pingat emas dalam acara pecut lelaki, meraih pingat gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 08 2021
Chong Wei jelas berasa sangat bangga dengan pencapaian bersejarah dilakar pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu. - Astro AWANI
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
X akan buang ciri sorok calit biru
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
X aktifkan Grok untuk semua pelanggan X Premium
Sekiranya anda melakukan langganan X Premium atau X Premium, anda sudah boleh mengakses penawaran chatbot ini.
Thread uji bayar penghasil kandungan dalam platform
Menerusi program Threads Bonus, kandungan yang menerima 2,500 tontonan akan diberikan bayaran.
X beri calit biru percuma kepada akaun dengan jumlah pengikut premium tinggi
Ini bermakna akaun ini menerima langganan Premium percuma kerana mempunyai pengikut yang membayar untuk akaun Premium.
Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar
Perkongsian pencapaian terbaharu ini hadir selepas pengenalan sokongan Gemini Advanced iaitu pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan berbayar.
X buang sokongan NFT untuk gambar profil
Pengguna tidak lagi boleh menetapkan NFT sebagai gambar profil.
X dilapor susut nilai lebih 71% berbanding harga pembelian Elon Musk
Berdasarkan penilaian persendirian yang dilakukan oleh Fidelity ini, ia sekali gus membawa nilai X pada hari ini sekitar AS$13 bilion/
Media sosial 'alternatif Twitter', Bluesky perkenal logo baharu
Sehingga ke hari ini, Bluesky masih kekal sebagai perkhidmatan yang boleh disertai dengan jemputan sahaja dan belum dibuka kepada umum lagi.
X alami masalah akses
Laman media sosial X pada 21 Disember 2024 mengalami masalah untuk diakses.