awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong

Bernama
Bernama
03/07/2023
13:48 MYT
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Jika proses permohonan visa kerjanya berjalan lancar, juara perseorangan lelaki Sukan Komanwel 1998 itu berkata beliau akan melaporkan diri secara rasmi pada 10 Julai. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Choong Hann berkata beliau tidak berfikir panjang sebelum menerima tawaran yang diberikan Persatuan Badminton Hong Kong sebagai jurulatih perseorangan lelaki mereka, sejurus selepas beliau meletakkan jawatan daripada ABM, bulan lepas.
Bekas pemain perseorangan negara itu berkata beliau akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh seorang lagi jurulatih Malaysia Wong Tat Meng, yang memilih untuk menjadi pengarah kejurulatihan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.
Jika proses permohonan visa kerjanya berjalan lancar, juara perseorangan lelaki Sukan Komanwel 1998 itu berkata beliau akan melaporkan diri secara rasmi pada 10 Julai.
"Saya telah diberi kontrak dua tahun daripada Persatuan Badminton Hong Kong. Tawaran itu datang tepat pada masanya.
"Saya percaya perjalanan baru ini bukan sahaja memberi manfaat kepada saya (kerjaya kejurulatihan) tetapi persatuan mereka juga," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata antara agenda yang ditetapkan Persatuan Badminton Hong Kong berkaitan pelantikannya ialah membantu pemain mereka bersiap sedia untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Choong Hann, yang meletakkan jawatan selepas hampir lima tahun (November 2018) berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), telah memulakan kerjaya kejurulatihannya sebagai pengarah kejurulatihan kebangsaan, sebelum menjadi pengarah kejurulatihan perseorangan tahun lepas.
BAM, sehingga kini masih mencari calon yang sesuai bagi menggantikan Choong Hann.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Sukan Komanwel
#badminton
#Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan