awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Christian Chukwu perkuat skuad Perak FA untuk Liga A1 2025/26

Bernama
Bernama
09/08/2025
02:00 MYT
Christian Chukwu perkuat skuad Perak FA untuk Liga A1 2025/26
Pemain berusia 23 tahun yang berasal dari Abia, Nigeria ini sebelum ini beraksi bersama Marryland Nigeria dan dikenali sebagai seorang Attacking Midfielder (AMF). - Foto Facebook/Perak FA
IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mendapatkan khidmat pemain tengah Nigeria, Christian Chukwu, bagi memperkuatkan skuad itu untuk saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26.
Presiden PAFA Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata seluruh warga Perak FA mengalu-alukan kehadiran pemain berusia 23 tahun dari Abia itu, yang sebelum ini beraksi bersama Marryland Nigeria.
Beliau berkata Christian, yang berperanan sebagai attacking midfielder (AMF), dikenali kerana kepintaran mengatur serangan dan kawalan bola yang kemas.
"Kehadiran Christian menambah pilihan kreatif di bahagian tengah, sekali gus memberi dimensi baharu dalam corak serangan Perak FA.
"Lebih menarik, Christian sudah didaftarkan dan bersedia untuk membuat penampilan sulungnya dalam aksi penuh sengit "Derby Utara" menentang Kedah FA malam ini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Perak FA.
Mohd Azhar mengajak penyokong Perak FA menyaksikan debut Christian serta menyokong pasukan itu di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.
"Dapatkan tiket anda sekarang dan bersama kita turun ke stadium demi lencana di dada dan maruah negeri tercinta! Kejor Yob Kejor!" katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAFA
#Christian Chukwu
#Liga A1
#Mohd Azhar Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan