awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cklamovski panggil tiga muka baharu

Bernama
Bernama
03/10/2025
23:40 MYT
Cklamovski panggil tiga muka baharu
Cklamovski memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah. - Foto Facebook Malaysia NT
KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan isu tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), skuad Harimau Malaya terus memandang ke hadapan apabila Ketua Jurulatih Peter Cklamovski, mempertaruhkan tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah bagi kem latihan pusat bermula Isnin.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan skuad negara akan terus bertolak ke Vientiane, Laos pada 6-8 Okt untuk latihan pusat sebagai persediaan menghadapi tuan rumah dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis, 9 Okt di New Laos National Stadium.
Latihan pusat seterusnya akan bersambung di Kuala Lumpur pada 10-13 Okt menjelang aksi timbal balik menentang Laos pada Selasa, 14 Okt di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Cklamovski telah mengekalkan seramai 22 pemain dari skuad menentang Singapura dan Palestin pada perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing pada 4 Sept dan 8 Sept lepas, selain membawa masuk dua pemain dari skuad B-23 tahun iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul.
"Cklamovski juga memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah," menurut kenyataan itu.
Berikut senarai nama 29 pemain:
No. Nama Pemain Umur Kelab
1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed 29 Johor Darul Ta'zim
2. Arif Aiman Mohd Hanapi 23 Johor Darul Ta'zim
3. La'Vere Lawrence Corbin-Ong 34 Johor Darul Ta'zim
4. Mohd Shahrul Mohd Saad 32 Johor Darul Ta'zim
5. Muhammad Afiq Fazail 31 Johor Darul Ta'zim
6. Muhamad Nazmi Faiz Mansor 31 Johor Darul Ta'zim
7. Junior Eldstal 34 Johor Darul Ta'zim
8. Romel Oswaldo Morales Ramirez 28 Johor Darul Ta'zim
9. Harith Haiqal Adam Afkar 23 Selangor
10. Mohamad Faisal Abdul Halim 27 Selangor
11. Muhammad Aliff Izwan Yuslan 21 Selangor
12. Nooa Hamzah Laine 23 Selangor
13. Quentin Cheng Jiun Ho 26 Selangor
14. Declan Stephen Lambert 27 Kuala Lumpur City
15. Muhammad Safawi Rasid 28 Kuala Lumpur City
16. Sturmer Dos Reis Paulo Josue 36 Kuala Lumpur City
17. Jordan Mintah 30 Kuching City
18. Muhammad Haziq Nadzli 27 Kuching City
19. Muhammad Ramadhan Saifullah Usman 25 Kuching City
20. Daniel Sang Ting 33 Sabah
21. Dominic Tan Jun Jin 28 Sabah
22. Stuart John Wilkin 27 Sabah
23. Muhammad Azam Azmi Murad 24 Terengganu
24. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili 22 Terengganu
25. Muhammad Azri Abdul Ghani 26 Negeri Sembilan
26. Dion Johan Chai Cools 29 Cerezo Osaka
27. Endrick Dos Santos Parafita 30 Ho Chi Minh City Police
28. Sergio Fabian Ezequiel Aguero 31 Kanchanaburi Power
29. Richard Li Hua Chin 23 Raith Rovers
Sementara itu, seramai 13 pemain berikut diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:
No Nama Pemain Umur Kelab
1. Ibrahim Manusi 24 Johor Darul Ta'zim
2. Mohamadou Sumareh 31 Johor Darul Ta'zim
3. Nathaniel Shio Hong Wan 25 Johor Darul Ta'zim
4. Adam Nor Azlin 29 Kuala Lumpur City
5. Mohammad Syamer Kutty Abba 28 Kuala Lumpur City
6. Ryan Edward Lambert 27 Kuala Lumpur City
7. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi 30 Selangor
8. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman 23 Selangor
9. Muhammad Safwan Mazlan 23 Terengganu
10. Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni 27 Terengganu
11. Mohd Suhaimi Husin 31 Terengganu
12. Muhammad Adib Abdul Ra'op 26 Penang
13. Wan Ahmad Kuzain Wan Ahmad Kamal 26 St. Louis City
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Peter Cklamovski
#Piala Asia 2027
#laos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan